Cirdap serlah produk tradisional Melaka ke persada dunia

JASIN – Lawatan delegasi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pusat Pembangunan Luar Bandar Bersepadu Asia Pasifik (Cirdap) ke-39 di Galeri Demang Abdul Ghani, Merlimau, di sini berjaya menonjolkan produk tempatan ke peringkat antarabangsa.

Beberapa kaedah pembuatan produk tradisional Melaka khususnya barangan kraf tangan menjadi pilihan sebahagian besar delegasi yang hadir untuk dibawa pulang ke negara mereka bagi tujuan pembelajaran serta pengkomersilan.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, beliau sangat teruja apabila ada dalam kalangan delegasi menyatakan minat untuk mempelajari pembuatan kraf tangan seperti anyaman tikar mengkuang di negara mereka.

Justeru katanya, kerajaan negeri sedia berkongsi ilmu dengan negara yang berminat menerusi kerjasama beberapa pihak termasuk Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) serta Jabatan Kraftangan Malaysia.

“Kami sedia berkongsi ilmu ini bagi menonjolkan pelbagai produk tempatan ke persada dunia dan pengalaman itu kami peroleh apabila berjaya memasarkan banyak produk ke Dubai.

“Menerusi lawatan delegasi ini, kami dapat mengumpulkan ramai pegawai kanan dari negara masing-masing dan apabila pulang nanti, mereka boleh berkongsi pengalaman serta ilmu yang diperoleh ketika berada di Melaka.

“Saya yakin program ini tidak berakhir di sini dan langkah susulan akan diambil selepas ini bagi meneruskan lagi hubungan antara Malaysia dengan negara yang terbabit termasuk perkongsian ilmu,” katanya selepas meraikan delegasi berkenaan, semalam.

Seramai 24 anggota dari Bangladesh, Fiji, Filipina, India, Indonesia, Iran, Lao PDR, Myanmar, Nepal, Pakistan, Sri Lanka, Thailand, Vietnam dan tuan rumah Malaysia menyertai lawatan tersebut yang diadakan sempena mesyuarat Cirdap anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Melaka sejak Isnin lalu.

Demonstrasi kraftangan juga turut dipamerkan antaranya anyaman tikar mengkuang, rotan, sarung topong dan bakul, selain lipatan tanjak dan permainan tradisional termasuk congkak, batu seremban dan karom ceper serta makanan tradisi pembuatan kuih bakar hijau dan dodol.

Pemilihan rumah Demang Abdul Ghani sebagai lokasi lawatan itu susulan lokasi berkenaan adalah antara rumah Melaka tertua yang masih berdiri megah dan menjadi antara rumah tradisional Melayu yang tercantik di negara ini.

Ia juga mempunyai seni bina yang sangat unik dengan gabungan gaya seni bina Melayu, Cina dan Eropah.

Wakil negara Fiji, Kaselia Adivatulili berkata, beliau teruja dengan persembahan tradisonal selain demonstrasi produk tempatan yang disifatkan sangat unik.

Katanya, anyaman tikar mengkuang serta permainan congkak antara yang sangat diminati dan berharap pihak berkuasa kerajaan seperti Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dapat berkongsi ilmu mengenai kaedah pembuatan serta permainan tradisonal Malaysia itu.

“Saya sangat seronok sepanjang berada di Melaka dan saya harap hubungan ini dapat diteruskan menerusi perkongsian ilmu antara kedua-dua negara kelak,” katanya.

Wakil dari Sri Lanka, Dr Goigoda Gamage Bandula menyifatkan lawatannya ke Melaka sempena Cirdap adalah berjaya dan berjanji akan datang semula ke Malaysia khususnya Melaka untuk menikmati suasana harmoni, bersih dan indah yang terdapat di negara ini.

“Saya tidak puas berada di Malaysia dan berazam akan kembali ke sini untuk menikmati percutian bersama keluarga satu hari nanti,” katanya.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun