Dua dikhuatiri lemas insiden bot berlanggar di perairan Pulau Sebangkat

SEMPORNA – Dua daripada empat warga Filipina dikhuatiri lemas terlibat dalam pelanggaran bot yang mereka naiki dengan sebuah bot yang lain di perairan Pulau Sebangkat sekitar pukul 6 pagi, pada Selasa.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (OP CARILAMAT) serta mengatur gerak Bot Bangi 11 dan Bot Adal 18 dari Zon Maritim Semporna ke lokasi kejadian bagi misi menyelamat mangsa sebaik menerima maklumat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, bot yang dinaiki empat orang mangsa dikatakan keluar ke laut pada 5 Ogos pukul 5 petang sebelum bot mereka dilanggar oleh sebuah bot lain di perairan berkenaan.

“Sementara individu yang melanggar bot mangsa telah melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Amir berkata, antara yang terselamat ialah dua penumpang yang dikenali sebagai Reymar dan Bocoi kedua-duanya berusia 30 tahun, namun Reymar cedera parah di lengan, lutut serta belakang badan dan sedang mendapatkan rawatan di wad kecemasan Hospital Semporna, manakala dua lagi penumpang yang masih hilang iaitu dikenali sebagai Rommek dan Jimal juga berusia 30 tahun.

Memasuki hari ketiga pencarian, Op Carilamat kini diperluaskan kepada lima sektor dengan penambahan radius kawasan kepada 27 batu nautika persegi.

Selain Maritim Malaysia, Op Carilamat terbabit turut dibantu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Taman-Taman Sabah.

Related Posts

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

KOTA KINABALU – “Ayuh Sabahan! Kita bangun bersama, bersatu berpadu. Kita jaga Sabah!” menjadi seruan kepada pimpinan dan ahli Warisan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta STAR untuk memperkukuh kesatuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM