Dhabitah ke final acara 3 meter papan anjal

KUALA LUMPUR – Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri meneruskan langkahnya di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila mara ke pusingan final acara 3 meter (m) papan anjal wanita.

Dalam saingan separuh yang berlangsung hari ini, penerjun berusia 25 tahun itu berjaya melayakkan diri ke final apabila mengumpul 286.95 mata untuk berada di kedudukan kelapan terbaik daripada 18 peserta.

Nur Dhabitah meraih 67.50 mata di terjunan pertama sebelum melakukan 55.50 mata di terjunan kedua dan 46.50 mata di terjunan ketiga.

Dia kemudian meraih 57 mata pada terjunan keempat sebelum terjunan terakhirnya menjelmakan 60.45 mata bagi menghasilkan jumlah keseluruhan 286.95 mata.

Turut berada dalam kelompok 12 terbaik ke final adalah atlet Itali, Chiara Pellacani dari Itali; Yani Chang (China); Alejandra Estudillo Torres (Mexico); Maddison Keeney (Australia); Julia Vincent (Afrika Selatan); Yiwen Chen (China); Grace Reid (Great Britain) dan Saskia Oettinghaus (Jerman); Valeria Antolino (Sepanyol).

Atlet Sweden, Emilia Nilsson Garip turut berada dalam senarai ke final esok bersama Yasmin Harper (Great Britain).

Semalam, Nur Dhabitah melangkah ke separuh akhir 3m papan anjal selepas menduduki tangga ke-12 daripada 28 peserta dalam acara kelayakan dengan mengumpul 283.65 mata selepas lima terjunan di Pusat Akuatik Saint-Denis.

Related Posts

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

MICHAEL Olise masuk sebagai pemain gantian untuk membantu Perancis menewaskan Belgium 4-1 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA, awal pagi tadi, sekali gus menghadiahkan Zinedine Zidane kemenangan pertama di laman sendiri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Portugal kekal rekod menang 100 peratus, kalahkan Norway 2-1

JUARA bertahan Portugal mengekalkan rekod 100 peratus kemenangan dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah UEFA selepas menewaskan Norway 2-1 di laman sendiri pada Ahad sekali gus mengesahkan tempat ke pusingan suku…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

  • By Ezmie
  • October 6, 2026
‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN