Taktik sorok dadah dalam peket serbuk minuman gagal

KLUANG – Taktik seorang lelaki membungkus serbuk dadah ke dalam peket plastik kecil bagi kelihatan seperti serbuk minuman bancuhan gagal apabila dia ditahan pihak berkuasa pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, dalam serbuan jam 6.30 petang, lelaki berusia 31 tahun itu diberkas di sebuah kediaman di Sam Hoe, di sini.

Menurutnya, hasil serbuan berjaya menemui 131 peket plastik kecil dipercayai mengandungi serbuk dadah seberat 880 gram.

“Siasatan lanjut mendapati, suspek menjual peket kecil dadah ini dengan harga RM150 sepeket. Selain itu, polis turut merampas tiga botol plastik disyaki mengandungi serbuk ekstasi seberat 1.24 kilogram.

“Polis juga berjaya menemui tiga peket plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki ketamin dengan anggaran berat empat gram dan empat foil aluminium merah silver mengandungi dadah disyaki pil eramin 5 dengan anggaran berat 11 gram serta satu peket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis pil ekstasi anggaran berat 61 gram,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, turut dirampas sebuah kereta jenis Proton Saga untuk sitaan, seutas rantai emas beserta loket dan wang tunai berjumlah RM2,300.

Menurut beliau, semakan lanjut mendapati suspek turut mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah, selain hasil saringan ujian air kencing positif dadah jenis ketamin.

“Keseluruhan nilai rampasan dan sitaan dianggarkan berjumlah RM387,897.64,”

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 suspek direman sehingga Khamis ini,” katanya.

Related Posts

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

SKUDAI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim mengumumkan keputusan untuk tidak lagi bertanding dalam pilihan raya akan datang sekali gus mengundurkan diri daripada arena politik selepas hampir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

PENAMPANG – Keteguhan perpaduan dan kebersamaan adalah teras utama untuk maju bersama seterusnya memastikan kelestarian pembangunan Sabah selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji