Tiket filem percuma buat warga Lahad Datu 24 Ogos depan

LAHAD DATU – Warga Lahad Datu berpeluang menonton filem tempatan aksi bertemakan perang kepolisan yang diinspirasikan dari kisah benar, Takluk: Lahad Datu, secara percuma di panggung wayang Lahad Datu, 24 Ogos depan.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Silam, Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin berkata, sebanyak 280 tiket percuma yang disediakan bagi tayangan tersebut pada pukul 3 petang. 

“Inisiatif tersebut dibuat bagi menyemarakkan serta mengukuhkan lagi semangat kenegaraan sempena bulan kemerdekaan. 

“Kita juga mahu meningkatkan minat dan semangat juang golongan muda dalam mengetahui peristiwa bersejarah Lahad Datu. 

“Ini secara tidak langsung dapat mempererat hubungan antara AMK dan komuniti setempat melalui aktiviti berasaskan seni dan hiburan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. 

Beliau juga berharap agar orang ramai menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang negara yang bergadai nyawa demi mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.

Tayangan filem daripada insiden Ops Daulat yang pernah menggegarkan negara pada 11 Februari 2013 semasa pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo itu merupakan inisiatif AMK Cabang Silam dengan kerjasama Taqwa Haramain Travel and Tours.

Filem Takluk: Lahad Datu arahan Zulkarnain Azhar yang dibintangi artis tanah air antaranya Syafiq Kyle, Kamal Adli dan Fikry Ibrahim itu akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 22 Ogos ini.

Related Posts

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

LIMBANG – Permainan layang-layang sebagai warisan tradisional masyarakat perlu terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi muda bagi memastikan khazanah budaya berkenaan tidak ditelan zaman. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMKS Zon Timur perlu rebut peluang ekonomi ECRL – Wan Rosdy

KUANTAN – Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Pantai Timur perlu besedia merebut peluang ekonomi yang bakal muncul dengan pengoperasian Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Disember ini. Menteri Besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA