Kelantan digesa jelaskan jumlah kelulusan sebenar penerokaan hutan

GUA MUSANG – Timbalan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Syahabuddin Hashim menggesa kerajaan Kelantan menyatakan secara jelas mengenai jumlah kelulusan sebenar yang telah dikeluarkan untuk penerokaan Tanah Hutan khususnya di Hulu Nenggiri.

Syahabuddin berkata, sudah 34 tahun rakyat di Nenggiri terpaksa menanggung kemusnahan alam sekitar terutamanya kaum Asli Orang Asal malah ianya hanya menguntungkan kerajaan negeri termasuk penerima pajakan dan projek tanpa ada pulangan yang wajar buat rakyat Nenggiri.

“Terdapat beberapa kelulusan penerokaan hutan yang kebanyakan terlibat dalam pengeluaran balak dari hutan Nenggiri amat mencurigakan, di sebalik pendirian kerajaan negeri kononnya menjaga hak rakyat.

“Melalui maklumat yang diperolehi di Laman Web Jabatan Alam Sekitar, salah satu dari pemberian Projek Ladang Hutan adalah kepada sebuah syarikat yang tidak sampai setahun diwujudkan dan syarikat tersebut bukan milik anak Kelantan malah ia syarikat bukan Bumiputera bukan Kelantan.

“Apakah alasan sebenar yang membolehkan syarikat bukan Bumiputera yang tak sampai setahun boleh dapatkan projek Ladang Hutan tersebut di kala rakyat biasa terpaksa naik turun pejabat tanah untuk dapatkan sebidang tanah untuk kediaman,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man desas-desus kerajaan Kelantan pajak hutan hanya khabar angin.

Related Posts

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady