PMX tak gentar perjuang nasib Palestin, ajak rakyat turut serta

KUALA LUMPUR – Di sebalik kelantangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan isu Palestin, masih timbul sedikit kegusarannya tentang masa depan negara.

Menurut Anwar, hal ini juga dianggap sebagai tanggungjawabnya sebagai salah seorang pemimpin yang memandang serius mengenai isu hak asasi manusia terutamanya penderitaan rakyat Palestin.

Beliau juga mengingatkan agar rakyat di negara ini agar tidak berhenti memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

“Siapa kata saya berani sangat, tapi saya hanya menjalankan tanggungjawab dan ada terfikir, saya juga bimbang nasib rakyat, nasib negara.

“Saya mahu negara ini gagah, ekonomi yang maju, hebat, stabil dan rakyat bersatu padu serta maju dalam teknologi.

“Tetapi saya juga manusia, saya faham mengenai kemanusiaan… saya tidak mahu rakyat Palestin dizalimi dan dijadikan hamba abdi maka saya bertanggungjawab bersama saudara-saudara bangkit membela dan memperjuangkan rakyat Palestin,” katanya dalam ucapan pidato kemuncak Himpunan Pembebasan Palestin, Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad.

Kira-kira 15,000 peserta menyertai perhimpunan ini.

Perhimpunan solidariti bersama Palestin kali ini adalah yang kedua diadakan selepas acara sama berlangsung di Axiata Arena pada 24 Oktober tahun lalu, rentetan pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran pada Rabu lalu dipercayai dilakukan rejim Zionis.

Related Posts

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melumpuhkan sindiket yang dipercayai memanipulasi sistem pekerja asing dan menjual pas kerja sementara (e-PLKS) palsu dalam serbuan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera