Anwar gesa siapkan segera Pan Borneo Sabah

KOTA KINABALU – Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah disiapkan dengan segera dan tidak mahu lagi melihat ia ditangguhkan.

Perdana Menteri berkata, beliau menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk memastikan projek yang memberi manfaat kepada rakyat Sabah itu disiapkan secepat mungkin.

“Saya ingin berterima kasih kepada kerajaan Sabah kerana memberi laluan (untuk Lebuhraya Pan Borneo), (di) Sarawak (Pan Borneo) hampir siap, tetapi Sabah sebaliknya.

“Saya biarkan perkara itu diselesaikan oleh kerajaan Sabah… saya tidak mahu masuk campur, tidak mendapat kontrak untuk anak-anak saya. Apa yang saya mahu projek itu dilaksanakan dengan cepat.

“Saya mahu rakyat Sabah melihat Pan Borneo yang merupakan lebuh raya terpanjang di Malaysia.

“Ada mengatakan lebih banyak lebuh raya di Semenanjung Malaysia, tetapi pengguna membayar tol.

“Tidak seperti di Sabah (dan Sarawak), lebuh raya Pan Borneo adalah bebas tol dan ditanggung Kerajaan Persekutuan,” katanya ketika berucap pada Himpunan Perdana Rakyat anjuran PKR, hari ini.

Untuk tahun ini, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM9 bilion bagi Fasa 1B Pan Borneo Sabah.

Sebelum ini dilaporkan isu penyelarasan antara kontraktor dan agensi kerajaan menjadi punca kelewatan penyiapan lebuh raya itu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sebelum ini berkata empat pakej berkaitan pembinaan lebuh raya itu telah siap dan 11 lagi masih dalam pembinaan.

Related Posts

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita dekatkan rakyat dengan kerajaan, perkukuh perpaduan – Mohamad Sabu

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting dalam merapatkan hubungan antara kerajaan dan rakyat. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, program yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

Program MADANI Kita dekatkan rakyat dengan kerajaan, perkukuh perpaduan – Mohamad Sabu

Program MADANI Kita dekatkan rakyat dengan kerajaan, perkukuh perpaduan – Mohamad Sabu

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

  • By Aden
  • August 2, 2026
Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah