Kerajaan Perak minta JAIPk jelaskan kekeliruan susulan video tular

IPOH – Kerajaan negeri telah memanggil Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) bagi menjelaskan isu yang timbul berikutan penyebaran sebuah klip video mengenai kursus lawatan anjuran jabatan berkenaan ke sebuah rumah ibadat bukan Islam baru-baru ini.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Perak, penjelasan itu diberikan dalam mesyuarat yang turut dihadiri Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi membincangkan isu tersebut.

Menurut kenyataan itu, hasil mesyuarat tersebut dan setelah diangkat sembah serta mendapat titah nasihat Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, beberapa ketetapan dibuat bagi menangani isu berkenaan.

“Susulan mesyuarat tersebut, JAIPk diarahkan membuat penjelasan bagi membetulkan kekeliruan dan salah tanggapan yang timbul… termasuk kenyataan dikeluarkan salah seorang peserta kursus berkenaan.

“JAIPk juga diarahkan untuk mengkaji semula modul kursus berkenaan bagi mengelakkan fitnah dan salah faham sehingga menjejaskan nama baik dan kredibilitinya sebagai jabatan yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal dan kepentingan umat Islam.

“Pada masa sama, JAIPk diminta supaya mendapatkan pandangan Jabatan Mufti Negeri Perak terlebih dahulu sebelum menganjurkan program seumpama itu pada masa hadapan selain berunding bagi menggunakan modul, kaedah atau pendekatan yang lebih sesuai,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan turut memaklumkan kerajaan negeri meminta semua pihak, terutamanya ketua jabatan mengambil iktibar daripada isu tersebut supaya lebih berhati-hati memastikan tiada kenyataan dalam sosial media yang dibuat tanpa pemantauan, apatah lagi jika menyentuh sensitiviti agama.

Kata kenyataan itu, polemik tersebut menimbulkan pelbagai kekeliruan, salah faham dan persepsi negatif terutamanya dalam kalangan umat Islam sehingga menjejaskan reputasi dan nama baik kerajaan negeri serta pihak-pihak berkuasa agama Islam termasuk JAIPk.

Sebelum ini, tular satu video yang mana peserta program daripada JAIPk telah mengadakan lawatan ke sebuah kuil hingga menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen di media sosial.

Related Posts

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Miri – Keselesaan penduduk Kampung Haji Wahed kini terjamin apabila projek pembangunan di bawah Program Kampung Angkat MADANI yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM1 juta di kawasan tersebut siap sepenuhnya. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

MIRI – Semangat perpaduan dan kelestarian budaya terus menjadi keutamaan dalam memacu Sarawak ke arah negeri maju apabila Sambutan Gawai Miri Ke-20 Tahun 2026 berlangsung meriah di Meritz Hotel pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI