Cabaran beregu campuran negara tersekat di suku akhir

KUALA LUMPUR – Hasrat beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk terus menjelmakan kilauan pingat di pentas sukan Olimpik Paris 2024 tersekat di suku akhir apabila tewas kepada pasangan Korea Selatan, awal pagi tadi.

Aksi di Porte de La Chapelle Arena menyaksikan pasangan nombor sembilan dunia itu sukar untuk menyekat kemaraan gandingan nombor lapan dunia, Kim Won Ho-Jeong Na Eun sebelum tewas 19-21,14-21.

Set pertama menyaksikan pasangan negara memberi tentangan sengit kepada Won Ho-Na Eun apabila saling mengutip mata.

Namun, kecederaan dialami Ee Wei ketika kedudukan 9-11 menyebabkan rentak pasangan negara terganggu sebelum akur tewas 19-21 pada set pertama.

Mereka cuba bangkit pada set kedua namun corak permainan dipamerkan serba tidak menjadi hingga satu ketika ketinggalan 1-10.

Usaha wakil negara untuk mengheret perlawanan ke set penentuan tidak berjaya apabila pasangan Korea Selatan itu terus melakukan serangan bertali arus untuk menjarakkan kedudukan sebelum memenangi perlawanan 21-14.

Walaupun tewas, pasangan beregu campuran negara itu boleh berbangga apabila penampilan pertama di pentas Olimpik berjaya membawa mereka hingga ke pusingan suku akhir.

Pasangan Korea Selatan itu akan bertemu rakan senegaranya, Seo Seung-jae and Chae Yu-jung di pentas separuh akhir.

Related Posts

Perak sasar 50 emas di SUKMA Selangor, sedia ganjaran sehingga RM6,000

IPOH – Kerajaan Negeri Perak menawarkan ganjaran sehingga RM6,000 kepada atlet termasuk atlet para yang berjaya menghadiahkan pingat emas acara perseorangan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 di Selangor, sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hajiji yakin Sabah mampu raih 40 emas pada SUKMA Selangor

KOTA KINABALU – Sabah menyasarkan kutipan 40 pingat emas pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 di Selangor menerusi persediaan rapi bagi memastikan kontinjen negeri mampu mencatat prestasi terbaik di temasya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Nurul Izzah diberi cuti sementara, Saifuddin jalankan tugas Timbalan Presiden PKR – Fahmi

Nurul Izzah diberi cuti sementara, Saifuddin jalankan tugas Timbalan Presiden PKR – Fahmi

Kerajaan Perpaduan kekal stabil, perkembangan politik negeri tidak jejas kerjasama – Fahmi

Kerajaan Perpaduan kekal stabil, perkembangan politik negeri tidak jejas kerjasama – Fahmi

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat