Anggota tentera Kem Terendak dilapor hilang

MELAKA – Seorang anggota tentera yang sepatutnya kembali bertugas pada Rabu di Kem Terendak, Sungai Udang di sini, dilaporkan hilang sejak lebih sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laporan kehilangan Muhammad Fakrullah Nazri, 21, telah dibuat oleh bapanya pada 20 Julai lalu memaklumkan pemuda itu tidak dapat dikesan selepas keluar rumah pada 24 Jun.

Menurutnya, mangsa telah berkhidmat selama dua tahun sebagai anggota tentera dan laporan kehilangannya dibuat oleh bapanya pada 20 Julai lalu.

Menurutnya lagi, Ketika keluar dari rumah, mangsa menaiki sebuah motosikal nombor pendaftaran MBR 7230 Jenis Yamaha 135LC warna hijau.

“Mangsa dilaporkan keluar dari rumah jam 8.10 malam untuk melapor diri bertugas di kem berkenaan selepas tamat tempoh bercuti.

“Namun dia dilaporkan tidak hadir bertugas dan sehingga ke hari ini mangsa gagal dihubungi dan dikesan,” katanya.

Tambahnya, kali terakhir mangsa keluar dengan berpakaian baju T berkolar biru, seluar coklat dan berkasut sukan.

Katanya, ciri fizikal mangsa adalah rambut pendek berwarna hitam, kulit hitam manis, badan kurus dan anggaran tinggi 172 sentimeter.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Sarjan Mejar Zulkeple Berahim di talian 010-505 2368 atau Balai Polis Tanjung Kling 06-351 1222.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi