Sarawak perkasa sistem pendidikan, teroka hubungan dengan universiti awam

SIBU – Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak telah mengadakan perbincangan bersama universiti awam berkenaan program lepasan Ijazah.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, inisiatif ini adalah untuk membuka peluang yang lebih luas khususnya kepada guru-guru di Sarawak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Namun terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru-guru yang menyebabkan mereka tidak bersemangat untuk melanjutkan pelajaran, ujarnya.

Antaranya berkenaan dengan peluang yang sedikit untuk guru-guru di Sarawak dan sekiranya mereka mengambil kursus sendiri, mereka terpaksa ke semenanjung untuk menghadiri kelas tambahan atau jarak jauh.

‘Kita akan ada suatu program yang boleh membantu meningkatkan pencapaian pendidikan anak-anak Sarawak khususnya dalam bidang pendidikan’, katanya.

Oleh yang demikian, perbincangan awal bersama universiti awam diadakan supaya mereka dapat menawarkan kursus-kursus lepasan ijazah di beberapa universiti seperti di Swinburne, Curtin dan UTS.

Dr Annuar yang merangkap ADUN Nangka juga mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa Pertubuhan Aspirasi Guru Sarawak diatas pelaksanaan program yang mengumpulkan para guru yang berumur bawah 45 tahun ketika Majlis Penutupan Persidangan Guru Muda Sarawak (PGMS) 2024 yang bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti teknologi Sarawak, (UTS).

Turut hadir bersama, Presiden Pertubuhan Aspirasi Guru Sarawak (PAGS), Mutalib Kasim dan Timbalan Presiden PAGS, Abang Mohd Shukri Abang Muis.

Related Posts

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak memperhebat penguatkuasaan sempena musim perayaan menerusi pelaksanaan Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2026 apabila sebanyak 510 notis P22 dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 1,662…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

KOTA KINABALU – Umat Islam di negeri ini diseru agar menjadikan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anakandanya, Nabi Ismail AS sebagai iktibar yang sentiasa dihayati dalam menghadapi cabaran kehidupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhuwah

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhuwah

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

Unduk Ngadau Kaamatan 2026 tampil pembaharuan, 53 finalis rebut gelaran di pentas akhir

Unduk Ngadau Kaamatan 2026 tampil pembaharuan, 53 finalis rebut gelaran di pentas akhir