Rasionalisasi subsidi beri prospek positif sektor pembinaan

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan rasionalisasi subsidi memberikan prospek positif kepada sektor pembinaan negara yang menyaksikan kontrak diluncurkan secara berterusan, dengan projek bernilai RM89 bilion ditawarkan kepada syarikat kontraktor pada separuh pertama 2024.

Penganalisis RHB Investment Bank, Adam Mohamed Rahim berkata, jumlah itu melepasi lebih separuh daripada nilai yang diterima pada 2023 iaitu sebanyak RM146.5 bilion.

Beliau berkata, tawaran kontrak oleh sektor swasta dan pihak kerajaan masing-masing bernilai RM67 bilion dan RM22 bilion pada separuh pertama tahun ini juga mencapai lebih separuh daripada jumlah yang direkodkan sepanjang tahun 2023.

“Kami berpendapat rasionalisasi subsidi akan memberi kerajaan lebih banyak ruang dari segi fiskal untuk menawarkan projek,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Adam berkata, mengikut pandangan bank pelaburan itu, momentum perdagangan bagi saham-saham pembinaan akan kekal kukuh pada suku-suku akan datang.

Katanya, ia antara lain dibantu oleh perkembangan proses pemerolehan tanah untuk Transit Aliran Massa 3 (MRT3), cadangan konsep yang dihantar pada bulan Januari untuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan selesainya kajian mengenai cadangan Johor untuk membina sistem Transit Aliran Autonomi (ART) menjelang bulan depan.

“Syarikat pilihan utama ialah Gamuda, Sunway Construction dan Kerjaya Prospek kerana perolehan mereka jelas kelihatan sepanjang dua tahun akan datang.

“Gamuda mempunyai jejak kehadiran yang besar di luar negara sambil masih lagi aktif dalam pasaran tempatan.

“Kerjaya Prospek dan Sunway Construction bukan sahaja mempunyai perancangan projek yang mantap daripada urus niaga pihak berkaitan, tetapi mereka turut terbabit dalam kerja-kerja perindustrian,” katanya.

Sementara itu, Adam berkata perkembangan di Malaysia Timur menyaksikan empat daripada 19 pakej di bawah Fasa 1B Lebuh Raya Pan Borneo Sabah bernilai RM15.7 bilion telahpun ditawarkan, dan yang selebihnya sedang melalui peringkat penilaian akhir untuk proses pralayak tender terbuka sebelum ia mungkin ditawarkan pada suku ketiga tahun ini.

“Tambahan lagi, usaha sama (JV) Maltimur Aktif Unggul telah dilantik sebagai kontraktor utama untuk Jalan Lingkaran Fasa 2 Sarawak Sabah bernilai RM7 bilion pada Mac, dan pakej-pakej subkontraktor bakal ditawarkan seterusnya,” katanya.

Related Posts

Pantai Timur potensi jadi destinasi pelaburan lebih besar

KUALA LUMPUR – Pantai Timur mempunyai potensi besar untuk menjadi destinasi pelaburan yang lebih berdaya saing. Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, dari 2021…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sektor kesihatan perlu dilihat sebagai strategi ekonomi

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu melihat sektor kesihatan sebagai strategi ekonomi negara, bukan sekadar soal rawatan, berikutan peningkatan jumlah penduduk warga emas dan kos perubatan semakin tinggi. Timbalan Menteri Ekonomi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan