Anwar sampai sumbangan kepada mangsa kebakaran

IPOH – Sebanyak 10 unit kediaman musnah dalam kebakaran di Lorong Sungai Tapah Kampung Manjoi dekat sini, petang semalam.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya pada jam 4.49 petang dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pemeriksaan dilakukan mendapati, 10 unit kediaman itu untuk disewakan dengan enam daripadanya berpenghuni.

“Kebakaran dianggarkan 90 peratus kemusnahan dan kejadian ini tidak melibatkan mangsa.

“Anggota yang menjalankan operasi diarahkan memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) lengkap ketika membuat pemadaman,” katanya melalui satu kenyataan media.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal selepas hampir dua jam iaitu pada jam 7.02 malam dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Putih sebelum operasi ditamatkan pada jam 8.40 malam.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada setiap keluarga yang terlibat dalam kebakaran berkenaan.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun memaklumkan, sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Muhammad Kamil Abdul Munim.

“Saya difahamkan hasil laporan awal pihak bomba mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas.

“Mendoakan urusan mereka dipermudah dan diberi ketabahan tatkala menghadapi ujian ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Related Posts

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

IPOH — Kecemerlangan seorang guru dari Sabah, Dr Velerie Wheelervon Primus, yang menerima Anugerah Khas Menteri Pendidikan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-55 pada Jumaat, disifatkan sebagai cerminan sebenar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan lancar dashboard pantau krisis bekalan global

KUALA LUMPUR – Kerajaan melancarkan papan pemuka atau dashboard pemantauan krisis bekalan global sebagai pusat rujukan bersepadu bagi menjejak perkembangan semasa ekonomi serta rantaian bekalan dunia secara lebih sistematik. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia