Melaka raih anugerah Pembangunan Pelancongan Warisan Terbaik

MELAKA – Tourism Melaka menerima anugerah Pembangunan Pelancongan Warisan Terbaik sempena Majlis Anugerah Industri Pelancongan 2024 di Kuala Lumpur, semalam.

Anugerah berprestij ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang diadakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur semalam.

Ab Rauf berkata, penganjuran anugerah ini adalah sebagai memberi motivasi dan suntikan semangat buat penggiat industri pelancongan dan hospitaliti supaya lebih berdaya saing lagi dalam menyumbang kepada kejayaan industri pelancongan negara.

“Saya yakin anugerah ini mampu merancakkan lagi sektor pelancongan negara di samping menjadi pemangkin kepada kejayaan menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan menyasarkan seramai 26.1 juta pelancong asing ke Malaysia kelak,” katanya.

Menurutnya lagi, anugerah buat julung kalinya diadakan ini turut mempertaruhkan lebih 60 kategori dalam industri pelancongan antaranya ejen pelancongan, perhotelan, seni dan budaya, perkhidmatan makanan dan banyak lagi.

“Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Wira Abdul Razak dan Tourism Melaka di atas kemenangan anugerah “Best Heritage Tourism Development” pada Anugerah Industri Pelancongan 2024 ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Tambahnya lagi, kemenangan ini adalah hasil daripada strategi pihak yang bertungkus-lumus bagi menjayakan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) yang mana negeri Melaka telah mencatatkan sebanyak 7.7 juta kehadiran pelancong.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Pelancongan Malaysia Leong Yu Man, Exco Pelancongan, Seni, Warisan dan Budaya, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Saidi Bundan.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang