Tahniah kepada semua pemain industri pelancongan Pahang – Wan Rosdy

MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menzahirkan penghargaan kepada semua pemain industri pelancongan di Pahang kerana telah berusaha meningkatkan produk pelancongan masing-masing.

Hasil usaha semua pihak itu akhirnya membuahkan hasil apabila Pahang menerima Anugerah Destinasi Pelancongan Terbaik Bagi Tahun 2024 pada Malam Anugerah Industri Pelancongan 2024, baru-baru ini.

Menurutnya, segalanya ada di Pahang bermula dari kawasan tanah tinggi, hutan rimba yang menghijau, pasir pantai yang memutih dan pulau yang indah untuk kita berikan kepada para pelancong.

“Syabas dan tahniah kepada Tourism Pahang kerana telah menerima Anugerah Destinasi Pelancongan Terbaik Bagi Tahun 2024 pada Malam Anugerah Industri Pelancongan 2024.

“Terima kasih kepada YB Cik Leong Yu Man,
EXCO Perpaduan, Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Pahang kerana telah hadir untuk menerima anugerah tersebut,” catatnya di Facebook.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kerana telah memilihnya sebagai penerima Anugerah Ikon Pelancongan Negeri Pahang pada majlis tersebut.

“Saya berharap sektor pelancongan di Pahang akan terus dapat dipertingkatkan untuk menarik lebih ramai kehadiran pelancong ke negeri ini,” katanya.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang