Perbetul segera persepsi golongan muda

TINJAUAN penulis dalam kalangan masyarakat di Besut, Terengganu, baru-baru ini menemukan fakta bahawa berlaku ketidaktepatan persepsi golongan muda terhadap dasar-dasar kerajaan dan wujud penyimpangan fakta mengenai Perdana Menteri Ke-10 (PMX).

Adakah perkara ini kecil dan remeh? Tidak. Ini perkara besar. Ketidaktepatan persepsi ke atas dua subjek itu menyebabkan objektif dasar kerajaan sukar dicapai dan selama-lamanya PMX akan dilihat dalam jalur serta bentuk yang tidak sepatutnya.

Bagi saya, perkembangan ini menakutkan, perlu dilihat sebagai amaran malahan wajib segera diperbetul oleh pelbagai kementerian, jabatan, dan agensi kerajaan untuk mengelakkan kesan buruk melanda negara.

Buktinya terbentang di hadapan mata terutama. Dalam temu bual dengan sebahagian pelajar cemerlang Terengganu dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023, didapati, sebahagian mereka menganggap dasar-dasar Malaysia Madani banyak menyusahkan rakyat pada hal matlamat sebenar dasar itu tidak sedemikian.

Kecenderungan itu dilihat oleh bukan sahaja penduduk setempat yang mengikuti sesi tersebut, bahkan sebahagian ibu bapa dan guru.

Bagi memastikan saya tidak tersalah dengar dan tidak tersilap catat, saya menemu bual beberapa orang penduduk tersebut dengan meminta pandangan mereka berhubung kefahaman golongan muda dalam dua aspek yang dinyatakan.

Ternyata mereka memberi ulasan yang sama dengan kefahaman saya iaitu persepsi golongan muda sudah dipesongkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga Kerajaan Perpaduan dilabel zalim; tidak prihatin akan kebajikan rakyat terutama dalam isu penyasaran subsidi diesel.

Bahayanya jelas iaitu persepsi orang muda dipulas. Ada dalang di sebalik pemusingan fakta ini dan mereka sentiasa meningkatkan usaha meracuni golongan muda. Dengan sentimen perjuangan agama, kononnya, orang muda terpedaya.

Kerajaan dikecam teruk sedangkan penyasaran subsidi itu baik kerana terlalu banyak penyelewengan diesel, tidak kira melalui pintu sempadan, urus niaga haram di tengah laut, dan penjualan diesel oleh orang awam kepada pemain industri dalam negara.

Malangnya, di tengah-tengah kekalutan itu tidak kelihatan usaha bersungguh-sungguh kementerian, jabatan, atau agensi kerajaan mendekati golongan muda untuk memperbetul persepsi tersebut.

Pada masa yang sama, imej PMX teruk terjejas di mata golongan muda dalam isu Blackrock yang dinaratifkan sebagai langkah Perdana Menteri menyokong Israel.

Isu ini bukan hanya hangat dalam kalangan orang muda di lapangan biasa sebaliknya diperkatakan dalam kalangan pelajar termasuklah yang berada di ambang kelayakan mengundi seperti pelajar menengah atas dan pelajar prauniversiti (tingkatan enam).

Masalahnya, kementerian yang berkenaan tidak sedarkah perkara ini? Tolonglah turun padang dan buka mata sedikit. Kasihan Perdana Menteri kita. Jangan lena dengan lagu merdu yang didendangkan oleh pihak tertentu. Ingat, kalau sesuatu berlaku nanti, kementerian yang berkenaan patut dipersalahkan.

Jangan lihat kenyataan ini sebagai suatu kecaman. Anggap ini sebagai suara yang tulus dan bersifat patriotik. Oleh sebab itu, segeralah bertindak. Kerah segala tenaga mengikut peraturan.

Ini bukan hanya masalah satu kementerian, sebaliknya kesemua kementerian. Jangan biarkan hanya Perdana Menteri dan beberapa menteri Kabinet bertindak. Bergeraklah serentak dan bersepadu.

Semenjak mentadbir negara ini PMX bekerja keras. Pada masa yang sama, pihak yang tidak bertanggungjawab pula menyerang PMX dan Kerajaan Perpaduan dari pelbagai sudut termasuklah oleh golongan musang berbulu ayam.

Sekarang kita sudah nampak kepincangan ini. Takkan semua ini mahu dibiarkan sahaja berlaku hingga tiba Pilihan Raya Umum Ke-16. Cegah sebelum parah. Sediakan payung sebelum hujan. Jangan nanti sudah terhantuk baru tengadah.

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ramalan Kian Ming pembakar semangat kepada calon PH – Fahmi

Ramalan Kian Ming pembakar semangat kepada calon PH – Fahmi

Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

  • By Aden
  • July 28, 2026
Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang