PM ajak rakyat doa kejayaan kontinjen Sukan Olimpik

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia mendoakan kejayaan kontinjen negara yang akan bersaing pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Anwar menerusi video dimuat naik di Facebook berharap atlet negara dapat menempa sejarah dan melakar prestasi yang baik pada temasya yang akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

“Kontinjen Malaysia ke Olimpik sudah pun berangkat dan sekarang membuat persediaan untuk bertarung.

“Kita rakyat Malaysia harus mendoakan sebaiknya buat kontinjen Malaysia dapat menempa sejarah, melakar satu prestasi yang baik dan menggondol hadiah yang mungkin kita perolehi.

“Jadi sama-sama kita mengikuti, menyaksi dan mendoakan, mudah-mudahan kontinjen Malaysia berjaya.

“Kita sama-sama ucapkan selamat maju jaya dan sukses kepada team MAS,” katanya.

Seramai 26 atlet Malaysia yang akan bersaing di Paris dengan misi utama untuk meraih emas pertama negara dalam Sukan Olimpik.

“Ayuh seluruh rakyat Malaysia, kita nyatakan sokongan padu buat kontinjen negara yang sedang menggalas misi merealisasikan impian emas pertama di temasya sukan Olimpik.

“Selamat maju jaya buat 26 atlet negara. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi langkah kalian di Paris, Insya-Allah,” kata Perdana Menteri pada kapsyen video itu.

Related Posts

ATM laksana latihan ketenteraan secara tersusun, lalui proses pihak terlibat – MKN

PUTRAJAYA – Pelaksanaan latihan ketenteraan tertakluk kepada prosedur kelulusan yang ketat di samping penyelarasan turut dilakukan bersama kementerian dan agensi berkaitan. Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi kenyataan memaklumkan, bagi kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
2 penjenayah maut berbalas tembakan dengan polis

KUALA LUMPUR – Dua penjenayah warga tempatan ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhuwah

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhuwah

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?