Calon Pas atau Bersatu di Nenggiri terus jadi tanda tanya

SEMALAM Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor dalam sidang media di Alor Setar, Kedah dilaporkan berkata, calon daripada parti mana yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri bulan depan masih belum diputuskan.

Namun, Menteri Besar Kedah itu berkata, berkemungkinan besar calon daripada Bersatu kerana kerusi itu sebelumnya dimenangi parti itu.

“Dari parti mana (bertanding) sekarang, saya tak ada masalah. Jikalau Bersatu, (maka) Bersatulah (dan) jikalau Pas, (maka) Paslah… atas nama PN.

“Ada kenyataan daripada Pemuda Pas kawasan tersebut minta calon Pas tapi kita faham kerusi itu dulu milik Bersatu, Bersatulah bertanding. Saya rasa tak berubah kot,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan dibuat Muhammad Sanusi itu dilihat berbeza dengan apa yang dinyatakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada 20 Julai lalu.

Tuan Ibrahim dilaporkan berkata, Pas kekal dengan pendirian untuk memberi laluan kepada calon Bersatu sebagai wakil PN bagi PRK itu.

Walaupun sebelum itu, Yang Dipertua Pas Gua Musang, Azman Ahmad meminta agar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan diberikan kepada calon pilihan mereka.

Azman pada 30 Jun dilaporkan berkata, tujuan utama Pas Gua Musang menuntut agar kerusi itu diberikan kepada mereka kerana mahu mengelak ‘pisang berbuah dua kali’.

Ini kerana kerusi DUN Nenggiri dimenangi calon PN daripada Bersatu, Mohd Azizi Abu Naim dalam pilihan raya negeri, sebelum Mohd Azizi ‘melompat’ dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

“Akibat tindakan itu, pengundi rasa ragu-ragu… mereka yakin dengan (wakil) Pas berbanding segelintir daripada Bersatu yang terbukti ada ‘melompat’.

“Jadi mereka bimbang berulang di Nenggiri. Bagaimanapun saya tak kata semua wakil rakyat Bersatu kaki lompat… ada ramai yang bagus,” kata Azman seperti dilapor oleh FMT.

Pandangan Azman itu disokong Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM) yang bertekad mengembalikan kepercayaan rakyat di DUN Nenggiri kepada calon Pas.

Ketua DMPM, Nuridah Mohd Salleh pada 7 Julai lalu dilaporkan berkata, warga Nenggiri sudah tentu kecewa angkara pengkhianatan Mohd Azizi.

“Kekecewaan ini juga bukan sahaja berkait dengan ADUN tersebut, namun turut dikaitkan dengan enam lagi Ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu yang bertanding atas tiket PN, tetapi akhirnya menyokong kerajaan.

“Umum mengetahui bahawa terdapat 90 peratus jentera di DUN Nenggiri terdiri daripada orang Pas.

“Bertanding semula juga adalah cara bagi mengubati kekecewaan penyokong dan jentera yang telah bertungkus-lumus ketika pilihan raya lalu.

“Sesungguhnya rakyat Nenggiri harus diyakinkan dan calon dipilih adalah calon yang tetap pendirian dan tidak mengulangi kesilapan yang berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, impian Pas mendapat kerusi itu sudah bokeh dikira tertutup apabila Bersatu Kelantan menganggap kerusi DUN Nenggiri adalah milik parti itu dan mahu meletakkan calonnya.

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor pada 4 Julai lalu dilaporkan berkata, perkara itu sudah melalui perbincangan di peringkat pimpinan utama PN.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin dalam siri ceramah di Gua Musang pada 21 Julai lalu turut mengumumkan bahawa calon daripada parti itu akan diletakkan pada PRK bulan depan.

“Kita akan pastikan sebaik mungkin ‘pisang tidak berbuah dua kali’ dan kita juga yakin pengundi akan terus memberi mandat kepada PN dan Bersatu.

“Soal Bersatu akan berdepan berapa penjuru, kita akan lihat nanti pada hari penamaan.

“Bersatu juga jelas bahawa kita menggunakan logo Pas di PRK Nenggiri nanti,” katanya.

Sementara menunggu PN mengumumkan siapa calon mereka, Barisan Nasional (BN) sudah mengumumkan lebih awal bahawa Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, 38, sebagai calon mewakili Kerajaan Perpaduan.

Mohd Azmawi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dari Universiti Utara Malaysia, telah menerima pelbagai anugerah termasuk muncul johan Anugerah Belia Perdana pada 2022.

Beliau juga dilaporkan sudah mula turun padang walaupun tarikh penamaan calon masih berbaki sembilan hari lagi.

Sudah tentu gerak kerja awal dilakukan Mohd Azmawi akan memberi sedikit kelebihan kepada anak muda berasal dari Gua Musang itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos depan, manakala 17 Ogos pula hari pengundian.

Related Posts

Nurul Izzah diberi cuti sementara, Saifuddin jalankan tugas Timbalan Presiden PKR – Fahmi

KUALA LUMPUR – Jangkaan mengenai rombakan kepimpinan PKR yang dilaporkan sejak awal hari ini terjawab apabila Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu memutuskan memberi cuti sementara kepada Timbalan Presidennya, Nurul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan kekal stabil, perkembangan politik negeri tidak jejas kerjasama – Fahmi

KUALA LUMPUR – Kerjasama antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan kekal kukuh dan stabil meskipun berlaku perkembangan politik di beberapa negeri termasuk Johor dan Negeri Sembilan. Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Nurul Izzah diberi cuti sementara, Saifuddin jalankan tugas Timbalan Presiden PKR – Fahmi

Nurul Izzah diberi cuti sementara, Saifuddin jalankan tugas Timbalan Presiden PKR – Fahmi

Kerajaan Perpaduan kekal stabil, perkembangan politik negeri tidak jejas kerjasama – Fahmi

Kerajaan Perpaduan kekal stabil, perkembangan politik negeri tidak jejas kerjasama – Fahmi

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat