PM gesa ICC segera tegakkan keadilan bagi rakyat Palestin

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bertindak segera menegakkan keadilan bagi rakyat Palestin dan penyelesaian isu di Myanmar.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya, beliau berkongsi detik pertemuan bersama Pendakwa Raya ICC, Karim Khan, pada Selasa.

Dalam pertemuan berkenaan, beliau turut dimaklumkan mengenai peranan ICC dan perkembangan isu-isu antarabangsa terutamanya di Palestin dan Myanmar.

“Saya telah menekankan bahawa Malaysia menuntut akauntabiliti atas segala jenayah kejam rejim Zionis Israel termasuk penganiayaan terhadap rakyat Palestin khususnya kanak-kanak.

“Malah saya juga menggesa pihak ICC untuk mempercepatkan tindakan demi menegakkan keadilan bagi rakyat Palestin.

“Terkait perihal isu Myanmar, saya mengulangi kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan negara-negara Asean dalam mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Related Posts

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mempercepat penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) e-Dagang bagi menambah baik aspek kemudahan dan kawal selia sektor berkenaan selaras dengan perkembangan pesat perniagaan digital. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi akan membentangkan pindaan Akta Perkhidmatan Pos bagi memperkukuh aspek keselamatan dalam industri kurier, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil. Beliau berkata, pindaan berkenaan dijangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu