Pengendali WhatsApp, Telegram perlu lebih bertanggungjawab

KUALA LUMPUR – Pengendali aplikasi Telegram dan WhatsApp perlu lebih bertanggungjawab dalam memastikan tiada sebarang salah laku jenayah bebas dilakukan di platform itu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata,  berdasarkan maklumat diterima dari Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak D11 Bukit Aman, platform WhatsApp banyak disalahgunakan bagi tujuan pengantunan seksual.

“Platform Telegram pula kita dah dapat banyak aduan termasuk daripada bekas menteri, menteri sedia ada, ramai dapat mesej dan berdepan ancaman scammer.

“Telegram juga agak bermasalah kerana ada membabitkan salah guna akaun untuk tujuan pornografi, jualan bahan terlarang seperti dadah,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Sekolah Digital U Mobile di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Wong Heang Tuck.

Fahmi berkata, isu membabitkan dua platform itu sudah dalam penelitian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan tindakan wajar akan diambil bagi memastikan aplikasi berkenaan selamat untuk digunakan komuniti.

“Kami mahu mereka lebih bertanggungjawab dan proaktif dalam menangani sebarang masalah yang dibangkitkan pihak berkuasa serta mengambil tindakan, terutamanya terhadap akaun dan saluran yang melanggar undang-undang Malaysia.

“Sekiranya mereka enggan memastikan platform mereka bebas daripada elemen jenayah, kita akan pastikan mereka akur dengan undang-undang dalam negara kita,” katanya.

Related Posts

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh. Beliau mengesahkan mesyuarat itu dijadual berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azeez tidak disambung reman, dijangka bebas petang ini

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka dibebaskan selepas tempoh reman dua hari bagi membantu siasatan kes penipuan berkaitan pemberian hibah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

PM zahir keprihatinan, luang masa santuni mangsa kebakaran Kampung Numbak

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas

2,000 jemaah tunai solat Jumaat bersama PM di Masjid Jamek Kampung Likas

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Pemandu lori didakwa bunuh empat individu dalam kemalangan di LPT

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji

Sabah harap isu 40 peratus dapat disegerakan – Hajiji