Pelajar, rakyat Malaysia di Bangladesh dibawa pulang

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat dan pelajar di Bangladesh akan dibawa pulang sebagai langkah jaminan keselamatan mereka, susulan kemelut tunjuk perasaan yang semakin meruncing di negara itu.

Perdana Menteri berkata, kerajaan meletakkan aspek keselamatan rakyat sebagai keutamaan tanpa mengira di mana mereka berada.

Beliau berkata, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, sentiasa memberi perkembangan terkini keadaan di Bangladesh.

“Kita mengikuti perkembangan terkini di Bangladesh dan meneliti adakah keadaan itu membimbangkan dan demi keselamatan anak-anak kita sama ada yang mendapat bantuan kerajaan atau pelajar swasta, kita akan bantu.

“Menteri Luar akan mengadakan mesyuarat kalau perlu kita menyewa pesawat untuk membawa mereka pulang.

“Keselamatan anak-anak menjadi keutamaan kita dan beberapa hari pertama nampak keadaan mungkin terkawal.

“Tetapi sekarang ini mengikut maklumat kedutaan rasanya lebih sesuai dibawa (rakyat Malaysia) pulang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Cukai Kebangsaan 2024 di sini, hari ini.

Semalam, Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, pelajar Malaysia yang terkesan susulan protes semakin memuncak di Bangladesh, dipindahkan ke bangunan Suruhanjaya Tinggi Malaysia demi keselamatan.

Langkah itu dilaksanakan kerana memahami kebimbangan rakyat Malaysia terhadap keselamatan ahli keluarga mereka di Bangladesh.

Related Posts

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu berhubung kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik dan menjangka ia dibentangkan pada sidang Parlimen tahun depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

2 maut kereta terbabas langgar pokok

2 maut kereta terbabas langgar pokok

Dua gol Haaland pastikan City atasi Porto

Dua gol Haaland pastikan City atasi Porto

Selangor jamin pusat data tidak jejas bekalan air, elektrik rakyat

Selangor jamin pusat data tidak jejas bekalan air, elektrik rakyat