Air Selangor terima pengiktirafan terbaik kategori Perkhidmatan Air

SHAH ALAM – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerima pengiktirafan sebagai syarikat terbaik dalam kategori Perkhidmatan Air pada majlis Anugerah Kelestarian dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Malaysia 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Adam Saffian Ghazali berkata, anugerah pengurusan komuniti yang diperoleh itu merupakan satu penghormatan terhadap komitmen dalam memacu perubahan positif kepada komuniti akar umbi di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Katanya, ia selari dengan janji jenama Air Selangor memastikan setiap titis bermakna untuk 9.3 juta pengguna.

“Di bawah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sesama Mara, Air Selangor telah melaksanakan tiga program utama iaitu Box of Hope, Sambutan Perayaan untuk Golongan Kurang Berkemampuan (Festive CSR) dan Pemerkasaan Pembelajaran Dalam Talian serta disokong oleh program sukarelawan kakitangan Hydro Heroes,” jelasnya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambah Adam Saffian, program perintis Box of Hope memberi impak besar kepada komuniti yang mana sebanyak 5,775 keluarga telah menerima manfaat sejak dilancarkan pada 2020.

Menurutnya, Air Selangor juga mengambil pendekatan proaktif dengan menyalurkan sumbangan ke rumah kebajikan semasa musim perayaan.

“Sejak 2021, Air Selangor mengagihkan bekalan bantuan kepada 3,746 penerima di 54 rumah kebajikan sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Kami turut menyediakan akses kepada kursus pendidikan interaktif melalui Pemerkasaan Pembelajaran Dalam Talian kepada pelajar golongan B40 untuk terus menerima pendidikan berkualiti,” ujarnya.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman