Bukan jawatan yang dikejar, tapi kepercayaan rakyat kepada UMNO – Akmal

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh meletak keutamaan kepada usaha mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti itu terlebih dahulu berbanding jawatan dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, selagi kepercayaan itu belum diperoleh semula, beliau memilih untuk berada di luar Kabinet.

“Terima kasih UMNO Subang atas cadangan dan penghargaan yang diberikan kepada saya.

“Tetapi saya memilih untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada parti saya dengan berada di luar Kabinet.

“Selagi kepercayaan itu belum diperoleh, selagi itulah saya akan berada di luar Kabinet.

“Bukan jawatan yang dikejar, tetapi kepercayaan rakyat kepada parti saya menjadi keutamaan saya buat masa ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Semalam perwakilan UMNO Bahagian Subang menggesa Pemuda UMNO di seluruh negara mengangkat usul khas supaya Akmal dilantik sebagai menteri.

Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Arman Azha Abu Hanifah mencadangkan semua UMNO Bahagian yang belum mengadakan mesyuarat supaya menjadikan usul khas itu sebagai usul rasmi dalam mesyuarat masing-masing.

Katanya, sudah dua penggal, Ketua Pemuda UMNO tidak diberi peluang dan tanggungjawab untuk menggalas jawatan sama ada sebagai menteri dan timbalan menteri. 

Related Posts

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

KENYATAAN Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Muktamar Pas baru-baru ini bahawa menyokong atau menyertai Pas boleh membawa seseorang ke syurga sememangnya mengundang perhatian. Bagi penulis, kenyataan sebegini bukanlah sesuatu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen