Kerajaan sedia RM3.2 juta untuk Rukun Tetangga

PUTRAJAYA – Sebanyak RM3.2 juta diperuntukkan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) tahun ini bagi memperkukuh keselamatan dan ketahanan komuniti di bawah inisiatif pemerkasaan Rukun Tetangga (RT) sebagai penggerak komuniti progresif.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, jumlah itu meliputi RM837,500 untuk pembekalan dan penggantian fasiliti keselamatan Skim Rondaan Sukarela (SRS) kepada 119 buah RT.

Katanya, sebanyak RM 2,175,000 pula diperuntukkan bagi pembekalan 69 buah kabin SRS baharu dan sebanyak RM231,692 untuk pembaikan kabin sedia ada di 18 kawasan SRS.

“Kementerian menyasarkan kekerapan aktiviti kawalan dan rondaan SRS dipertingkatkan, termasuk pembabitan golongan muda.

“Justeru, sebagai penghargaan kepada khidmat bakti secara sukarela oleh ahli jawatankuasa (AJK) RT dan anggota SRS, maka kerajaan menyediakan insentif melalui Skim Insurans Kemalangan Diri Berkelompok,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Keselamatan Kejiranan dan Jom Ronda SRS Bersepadu Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya Tahun 2024, malam tadi.

Aaron berkata, setakat bulan lalu sejumlah 5,409 SRS ditubuhkan dengan keanggotaan hampir 100,000 di seluruh negara sebagai platform membantu pihak berkuasa membendung kegiatan jenayah dalam komuniti setempat.

Katanya, sejak diwujudkan pada 2004, pihaknya merangka hala tuju baharu ‘Meremajakan SRS’ bertujuan melonjakkan peranan kumpulan itu sebagai entiti penting di peringkat komuniti.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan