Cadangan bubar GTWHI tidak munasabah

GEORGE TOWN – Cadangan pihak tertentu yang meminta syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) iaitu Georgetown World Heritage Incorporated (GTWHI) supaya dibubar dianggap oleh kerajaan Pulau Pinang sebagai tidak munasabah.

Nama GTWHI menjadi topik hangat apabila menerbitkan video promosi sempena Festival George Town 2024 yang didakwa hanya menggambarkan budaya bangsa Cina dan India, tanpa memasukkan elemen Melayu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, GTWHI telah berperanan selama 16 tahun dalam memastikan George Town kekal sebagai tapak warisan dunia dan menerima pelbagai anugerah.

Tambahnya, agensi itu juga mendapat pengiktirafan daripada World Heritage dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

“Saya percaya video itu dipaparkan sejak lebih sebulan lepas, ia mengandungi bukan hanya apa yang kita lihat, ada 80 program sepanjang Festival George Town 2024.

“Kalau kerana satu (video) dikatakan kesilapan, kita sudah arahkan penganjur untuk lakukan apa yang terbaik dan memberi penjelasan kepada kerajaan negeri,” katanya.

Susulan kontroversi itu, GTWHI selaku penganjur memberikan respon dengan meminta kontraktor yang terlibat dengan video promosi itu untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan.

Sebelum itu, video promosi festival yang berdurasi satu minit 47 saat telah mengundang kecaman daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO). Pemimpin parti politik juga menyatakan kekesalan kerana ia tidak menggambarkan keunikan masyarakat yang berbilang kaum.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Parlimen Sepanggar wajar dipecah dua jika kerusi Sabah ditambah – Mustapha

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR

Tabung Najib ‘jarum halus’ UMNO halalkan rasuah – Wanita PKR