Jailani berdepan tuntutan RM100 juta kerana lompat parti

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis berdepan tuntutan RM100 juta daripada UMNO, BN susulan tindakannya lompat parti menyertai PAS.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang mendakwa Muhammad Jailani terikat dengan perjanjian sebelum dipilih menjadi calon BN.

“Hakikatnya untuk pengetahuan setiap calon-calon yang mewakili BN sama ada di peringkat pilihan raya negeri mahupun pilihan raya umum yang lalu semuanya menandatangani surat perjanjian yang dinamakan perjanjian perwakilan calon BN.

“Ia ditandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah di hadapan saksi-saksi dan ini tandatangan beliau (Jailani) paling jelas sekali. Selain daripada perjanjian ini juga adanya akuan bersumpah setiap calon tulisan beliau (Jailani) sendiri.

“…Dan yang kedua 6.2 membayar balik kepada BN jumlah sebanyak RM100 juta. Ini ada kesannya kerana kita sudah ada kes Zuraida (Kamaruddin) yang melompat daripada PKR,” katanya dalam satu hantaran video di Facebooknya.

Asyraf turut mendedahkan salinan perjanjian yang telah ditandatangani Muhammad Jailani.

Berdasarkan perjanjian itu, selain membayar ganti rugi, Muhammad Jailani perlu mengosongkan kerusi jika ingin beralih sokongan.

Semalam, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, Muhammad Jailani berdepan tuntutan kos yang perlu dibayar kepada BN kerana bertindak menyertai PAS.

“Dia tandatangani dan bersetuju tanggung kos jadikan beliau sebagai wakil rakyat dituntut UMNO BN sekiranya beliau beralih kepada parti lain.

“Akujanji ini ditandatangani semua wakilr rakyat, perakui perkara ini dipersetujui. Perjanjian ini dipersetujui kedua-dua pihak. Baru parti beri watikah untuk jadi calon BN.

“Beliau tandatangani perantaraan perjanjian akujanji individu nak jadi calon. Saya akan teliti dari sudut perundangan dan bawa ke Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk tindakan susulan,” katanya ketika sidang media di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata, Muhammad Jailani sepatutnya meneliti Perlembagaan UMNO yang telah dipinda sebelum pilihan raya umum lalu.

Katanya, memandangkan keputusan telah diambil, Asyraf berharap Muhammad Jailani sedia untuk bertemu di mahkamah.

Related Posts

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

AYER KEROH – Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil tidak mengetahui mengenai dakwaan Pakatan Harapan (PH) sedang mengadakan perbincangan untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

AYER KEROH – PKR  kekal memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh gerak kerja jentera dan memperbaiki parti, tanpa terheret dengan perkembangan membabitkan parti komponen Pakatan Harapan (PH). Ketua Penerangan PKR, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi