Sektor perkhidmatan global terjejas akibat gangguan IT

KUALA LUMPUR – Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut pelbagai laporan media melalui platform X.

“Gangguan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami gangguan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut Agensi Berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC di akaun X mereka @BBCBreaking pula melaporkan gangguan IT besar-besaran itu menyebabkan pesawat tidak dapat berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa siri gangguan teknikal dicetuskan oleh gangguan Microsoft, sedang mengganggu perkhidmatan secara global, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu menerusi platform X mereka @anadoluagency turut melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga terjejas akibat kegagalan pelayan dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan berkenaan.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar-besaran menjejaskan bank, telekomunikasi, media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun X @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang menjejaskan prosedur daftar masuk bagi beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui akaun X mereka @FlyFrontier memaklumkan kesan gangguan Microsoft terhadap sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar