Pekerja kebun durian ditemui mati dengan tiga kesan tikaman

KULIM – Seorang pekerja kebun durian warga Myanmar ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Jalan Kulim-Junjong pada Ahad malam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, kejadian yang berlaku dalam kebun durian itu dilaporkan pada 9 pagi keesokan hari.

Menurutnya, mangsa berusia 36 tahun dipercayai tinggal bersama dua lagi rakan senegara di sebuah pondok atas bukit dalam kebun berkenaan.

“Mangsa ditemui terbaring di tepi pondok berdekatan lereng bukit dengan tiga kesan tikaman objek tajam di bahagian belakang badan.

“Kejadian dipercayai berlaku pada waktu malam, Ahad, disyaki diserang oleh dua rakan senegaranya yang tinggal bersama dan kini menghilangkan diri,” katanya.

Jelas beliau, sehingga kini, polis masih lagi menjalankan risikan dan siasatan bagi mengesan suspek yang terlibat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis meminta kerjasama orang ramai membantu dan menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan kes ini.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Asisten Superintenden Mohd Fakruzi Ismail di talian 019-7204939,” katanya.

Related Posts

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

KUALA LUMPUR – Prosiding permohonan Badan Peguam Malaysia untuk mencabar keputusan pendakwaan menghentikan prosiding kes rasuah Yayasan Akalbudi membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ditangguhkan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu pelarian diselesaikan ikut lunas undang-undang, tidak akan dibiarkan berlarutan

PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI tidak akan membiarkan permasalahan legasi isu kehadiran pelarian asing terus berlarutan, sebaliknya mula menyelesaikannya secara tegas, tersusun dan berperingkat berlandaskan keluhuran Perlembagaan serta kedaulatan undang-undang. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMKS dikecualikan daripada kadar gaji minimum baharu

PMKS dikecualikan daripada kadar gaji minimum baharu

Pendidikan kesihatan perlu bermula pada usia muda – Siti Suryani

Pendidikan kesihatan perlu bermula pada usia muda – Siti Suryani

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar