Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16

PUTRAJAYA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkap bilik tidur utama kediamannya di tingkat 16, Presint 9, di sini pada Selasa.

Dalam kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, maklumat kejadian diterima pihaknya daripada MERS 999 pada jam 7.50 pagi.

Menurutnya, mangsa merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan ketika kejadian mangsa ditinggalkan bersendirian kerana bapanya keluar menghantar anak sulung ke sekolah, manakala ibu keluar bekerja.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkap bilik tidur utama.

“Rutin harian kebiasaan mangsa akan tinggal sendirian sementara masih tidur sebelum dihantar ke taska terletak di blok bawah apartmen terbabit,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata, bapa mangsa bertugas sebagai penolong akauntan di sebuah kementerian di Putrajaya, manakala ibunya bekerja sebagai guru tadika.

Tambah beliau, siasatan masih dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan bedah siasat.

Sebelum itu, beberapa gambar telah tular di aplikasi WhatsApp memaparkan kejadian terbabit.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP