Zahid ucap tahniah kejayaan SRG bergelar juara

KEJAYAAN Selangor Red Giants (SRG) memenangi kejohanan antarabangsa e-sukan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menerusi laman Facebook miliknya, Zahid turut mengucapkan tahniah kepada SRG yang secara langsung telah mengharumkan nama negara. Kata beliau, kemenangan SRG membawa pulang hadiah tunai RM4.7 juta adalah kejayaan yang membanggakan.

Pada aksi Grand Final yang berlangsung di Amazon Arena Riyadh, SRG menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport, 4-2.

“Dedikasi dan komitmen yang anda tonjolkan di kejohanan ini pastinya akan menjadi pemangkin kepada perkembangan industri e-sukan negara seterusnya melahirkan lebih ramai atlet profesional yang berdaya saing dan berkemahiran dalam permainan digital yang saya lihat semakin mendapat tempat di hati anak muda.

“Semoga kejayaan SRG hari ini akan menjadi pencetus kepada lebih kejayaan di masa akan datang. Sebagai Pengerusi Pembangunan Belia dan Sukan, saya akan memberikan komitmen penuh dalam membangunkan industri sukan digital ini,” katanya.

Pada perlawanan akhir itu, pemain jungler SRG Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul atau lebih dikenali Sekyss dinobatkan sebagai pemain paling bernilai MSC MLBB 2024.

Zahid tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada semua penggiat industri e-sukan di Malaysia.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil