Pemuda PAS desak tukar Pengerusi PN Pulau Pinang

PEMUDA PAS Pulau Pinang mendesak untuk menukar pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri yang kini disandang Presiden Gerakan, Dominic Lau.

Keputusan ini dibuat semasa muktamar Pemuda PAS Pulau Pinang yang menyaksikan usul tersebut diluluskan sebulat suara.

Menurut ketua penerangan sayap Pemuda PAS negeri itu, Mohamad Ikhwan Afiq Mohamad Anwar, usul yang digerakkan oleh Pemuda PAS bahagian Tasek Gelugor itu berdasarkan tiga pertimbangan utama.

Katanya, pertimbangan itu ialah keperluan penstrukturan semula bagi memastikan kelangsungan PN di Pulau Pinang, demografi Pulau Pinang, dan tuntutan ahli akar umbi.

Beliau mendedahkan perkara ini dalam catatan Facebook semalam. Tiada butiran lanjut diberikan.

Lau dilihat tidak sefahaman dengan PAS Pulau Pinang.

Pada pilihan raya negeri tahun lalu, bebeliaurselisih dengan sekutunya itu apabila menjadi calon PN untuk Bayan Lepas – kerusi yang dikehendaki PAS.

Ini membawa kepada insiden Lau tidak dialu-alukan di ceramah PN oleh jentera PAS tempatan.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak berdamai selepas insiden itu dilaporkan.

Desakan terhadap Lau juga berlaku di tengah-tengah peralihan dalam landskap politik Pulau Pinang.

PAS semakin mendapat tempat di negeri itu, memenangi 7 daripada 10 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya negeri tahun lepas.

Ini merupakan peningkatan ketara daripada kerusi DUN tunggal yang dimenangi PAS Pulau Pinang pada 2018.

Sebagai perbandingan, Gerakan – yang pernah menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang dari 1969 hingga 2008 – gagal memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya negeri.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar