HPF 2024: Urbanisasi Felda boleh elak anak muda berhijrah

KUANTAN – Seiring dengan usia penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mencecah 70 tahun, adalah wajar ia memiliki identiti yang membanggakan negara.

Skim tanah rancangan ini dimulakan dengan modal RM10 juta oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

Melalui Akta Pembangunan Tanah (1956), sehingga hari ini terdapat 317 tanah rancangan diuruskan Felda di seluruh negara.

Pahang adalah negeri paling banyak memiliki tanah rancangan Felda dengan jumlah sebanyak 115.

Semua Felda ini dibahagikan kepada tiga wilayah iaitu Wilayah Kuantan, Wilayah Jengka dan Wilayah Mempaga.

Exco Hal Ehwal Felda, Usahawan dan Koperasi Pahang, Datuk Amizar Abu Adam ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini memaklumkan, satu perancangan bagi menjadikan Felda di negeri ini sebagai bandar baru sedang dilaksanakan.

Amizar

“Kita namakan ia sebagai proses membandarkan Felda dan ia adalah bagi memastikan pusingan ekonomi setempat berlangsung dalam kawasan tanah rancangan itu.

“Perkara ini perlu untuk mengelakkan penghijrahan generasi muda Felda ke luar dari tanah rancangan bagi mencari pekerjaan.

“Apabila kita berjaya membandarkan Felda, pelbagai kemudahan dan kegiatan ekonomi baru dapat diwujudkan, secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada anak muda ini,” katanya.

Amizar turut memetik kenyataan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Idris Jusoh yang mengatakan bahawa Felda adalah ‘lombong emas’ dan memiliki pelbagai potensi ekonomi untuk dikembangkan.

“Maksud ‘lombong emas’ bukanlah di setiap Felda ada bahan mineral itu… ia adalah perumpamaan yang pada saya, sangat menarik untuk kita renungkan.

Amizar (dua, kiri) bersama pucuk pimpinan Kerajaan Pahang dan Felda meletakkan sasaran tinggi bagi membangunkan komuniti Felda.

“Memang di Felda ini bukan saja memfokuskan kelapa sawit semata-mata.

“Bahkan ada yang sudah berjaya menjadi penternak lembu atau kambing yang sangat berjaya… begitu juga perniagaan lain dan ini belum dikira jumlah anak Felda yang bekerja dalam pelbagai sektor dengan kemahiran tertentu,” katanya lagi.

Beliau bagaimanapun mengakui trend generasi kedua dan ketiga Felda berhijrah ke luar agak membimbangkan, namun ia berpunca daripada kekurangan peluang pekerjaan untuk mereka.

Katanya, perkara ini diberi perhatian serius oleh kerajaan Pahang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Wan Rosdy Wan ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Segalanya Felda Peringkat Wilayah Jengka-Kuantan, Jun lalu.

“Jadi, kami di Pahang berusaha mencari jalan merancakkan dan mensejahterakan aktiviti ekonomi di Felda supaya proses urbanisasi dapat dilakukan segera.

“Saya lihat kerja ini (pembandaran Felda) boleh dijayakan melalui kerjasama kerajaan, peneroka dan Felda itu sendiri,” jelasnya.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak