Israel makin menggila, bedil ‘bandar khemah’ al-Mawasi

KHAN YUNIS – Kementerian Kesihatan di Genting Gaza mendakwa lebih 70 terkorban manakala kira-kira 289 lagi cedera dalam kempen pengeboman ganas terbaharu dilancarkan rejim Zionis ke atas ‘bandar khemah’ di Rafah pada Sabtu.

“Pembunuhan beramai-ramai itu menyasarkan zon selamat ciptaan Israel, kem al-Mawasi yang menjadi tempat berlindung puluhan ribu penduduk di selatan Gaza hilang tempat tinggal sejak beberapa bulan lalu,” ujar kementerian itu lagi.

Imej kesan kemusnahan dikongsi secara meluas di media sosial menunjukkan komuniti di kawasan itu cuba menyelamatkan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan.

Angka korban kezaliman Israel itu dijangka meningkat memandangkan hospital sekitar dibanjiri mangsa cedera

Wartawan Al Jazeera, Tareq Abu Azzoum yang melaporkan dari Deir el-Balah di tengah Gaza mengesahkan kempen genosid terbaharu itu yang menyaksikan kawasan itu turut dibedil lima misil.

“Al-Mawasi sudah bermandi darah dan berdepan kebinasaan dahsyat,” ujarnya.

Difahamkan, serangan itu dilancarkan selepas rejim Zionis membedil tengah wilayah tersebut ketika proses rundingan damai masih gagal mencapai kesepakatan untuk melaksanakan gencatan senjata secara kekal. – Agensi

Related Posts

Bekas Setpol Sanusi diperintah bela diri rasuah REE

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Mohamad Hilmi Abdul Wahab membela diri atas pertuduhan meminta dan menerima suapan berkaitan projek perlombongan unsur…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Video tular pijak bendera Sarawak, UKPS buat laporan polis

KUCHING – Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) membuat satu laporan polis berhubung penularan klip video di platform TikTok yang memaparkan tindakan biadab seorang individu memijak bendera Sarawak baru-baru ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KGBS saran pendekatan kreatif jayakan PdPR tanpa bebankan guru dan murid

KGBS saran pendekatan kreatif jayakan PdPR tanpa bebankan guru dan murid

Bekas Setpol Sanusi diperintah bela diri rasuah REE

Bekas Setpol Sanusi diperintah bela diri rasuah REE

Video tular pijak bendera Sarawak, UKPS buat laporan polis

Video tular pijak bendera Sarawak, UKPS buat laporan polis

Hari Kebangsaan, Hari Sabah diraikan serentak 31 Ogos

  • By Ithma
  • August 20, 2026
Hari Kebangsaan, Hari Sabah diraikan serentak 31 Ogos

ADUN Batu Danau turun padang tinjau kerosakan rumah mangsa ribut

ADUN Batu Danau turun padang tinjau kerosakan rumah mangsa ribut

Yayasan Petronas tingkat pendidikan STEM menerusi Hab Program Duta Guru di Sipitang

Yayasan Petronas tingkat pendidikan STEM menerusi Hab Program Duta Guru di Sipitang