Menantu pemimpin PAS direman 4 hari bersama dua pempengaruh

PUTRAJAYA – Pempengaruh media sosial bersama isterinya pagi ini kelihatan di pekarangan mahkamah bersama pihak SPRM bagi proses mendapatkan permohonan reman bagi membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan terhadap mereka.

Turut kelihatan adalah menantu kepada seorang pemimpin PAS.

Sebelum ini menantu pemimpin PAS tersebut didakwa terlibat dalam sindiket mengutip derma orang ramai untuk menjalankan perniagaan miliknya sendiri.

Menerusi pendedahan laman Facebook Scam No One iaitu kumpulan yang aktif mendedahkan sindiket penipuan (scammer), ia mendakwa penipuan dilakukan menggunakan sebuah platform kutipan derma.

Platform kutipan derma itu didakwa tidak mempunyai lesen untuk mengutip derma dari orang ramai.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah terhadap pasangan yang mencipta kontroversi berhubung masalah rumah tangga itu, selepas membenarkan permohonan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Harian Metro pula melaporkan, pasangan suami isteri yang juga pempengaruh yang tular berhubung kes derma awam direman empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.

Turut direman, dua lagi lelaki iaitu pengarah dan pemegang saham terbesar platform kutipan derma berkait kes yang sama.

Lelaki berusia 30 tahun dan isterinya yang berusia 26 tahun dilihat memakai baju lokap berwarna oren kelihatan tenang dan sempat melemparkan senyuman kepada pengamal media ketika dibawa ke mahkamah pada 9.19 pagi dalam keadaan bergari.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit