Keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan

PARLIMEN – Keputusan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengekalkan enam status bekas Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melanggar peruntukan perkara 49 A Perlembagaan Persekutuan.

Penganalisis politik Profesor Dr. Azmi Hassan berkata, keputusan yang dibuat oleh Johari tidak memeranjatkan dan bersifat dangkal seperti yang didakwa oleh Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Bagi saya sendiri keputusan Spekar Dewan Rakyat tidak memeranjatkan walaupun Tan Sri Muhyiddin dakwa beliau terperanjat dan danggal.

“Tetapi sebenarnya jika dibaca dengan betul apa yang diungkapkan Tan Sri Muhyiddin itu perlembagaan persekutuan 49 A iaitu pindaan atau akta lompat parti itu memang betul ada di sebut kalau seorang wakil rakyat itu hilang keahliannya maka secara automatik hilang kerusinya sebagai wakil rakyat.

“(Walau bagaimanapun)Tan Sri hanya baca yang diatas saja yang dibawah dia tak baca. Jadi bagi saya yang menghairankan adalah tindakan Speker Dun Kelantan yang mengisytiharkan Nenggiri itu kosong ini menghairankan kerana tak tahu dalil justifikasi dan peruntukan perlembagaan penubuhan kerajaan negeri mana yang digunakan, jadi dalam hal ini saya kata tidak memeranjatkan,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin Yassin mendakwa pihaknya kecewa dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengekalkan kerusi enam ahli parlimen Bersatu yang berpaling tadah.

Katanya, Johari telah mengkhianati semangat dan hasrat murni pindaan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan bagi menghalang ahli Parlimen melompat parti.

Pada 20 Jun lalu, Bersatu mengemukakan notis kepada speaker Dewan Rakyat memohon supaya enam kerusi parlimen dipegang oleh wakil rakyatnya dikosongkan.

Ketua whip Bersatu yang juga naib presiden parti, Ronald Kiandee sebelum ini berkata keahlian parti keenam-enam mereka yang sebelum ini menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah terhenti secara serta-merta.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat