HRD Corp berdepan siasatan SPRM, Kesuma lantik juruaudit bebas

PUTRAJAYA – Dalam laporan Jabatan Audit Negara (JAN) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp), beberapa perkara telah dibangkitkan iaitu berkaitan proses, prosedur, dokumentasi dan kepatuhan terhadap undang-undang dan garis panduan.

Justeru, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menerusi menterinya, Steven Sim Chee Keong memaklumkan akan melantik juruaudit profesional bagi menjalankan audit bebas terhadap HRD Corp.

“Kesuma kini dalam proses perolehan untuk pelantikan juruaudit tersebut dan proses perolehan dijangka selesai selewat-lewatnya pada 31 Julai ini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Berkenaan tempoh masa dan laporan audit bebas, beliau memberitahu ia hanya boleh ditentukan setelah juruaudit dilantik.

“Audit bebas tersebut akan berjalan seiring dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan mana-mana pihak berkuasa lain,” ujarnya.

Steven Sim turut memberitahu HRD Corp telah diarahkan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada semua pihak yang berkaitan.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai HRD Corp yang kini berdepan siasatan SPRM susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024 dan PAC.

Hasil kutipan levi daripada majikan bernilai RM3.77 bilion digunakan Program Latihan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti yang ternyata bukan sebahagian daripada matlamat penubuhan agensi itu.

LKAN pula antara lain mendedahkan sejumlah RM4.81 juta baki geran pada tahun 2020 yang tidak digunakan dan belum dikembalikan kepada kerajaan, selain sebanyak 62 permohonan levi berjumlah RM1.68 juta diluluskan selepas tarikh latihan serta baki levi tertunggak berjumlah RM205.42 juta setakat 31 Disember lalu.

Satu pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kesuma, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud juga telah ditubuhkan bagi memudah cara siasatan yang sedang berjalan.

Pasukan khas ini nanti akan meneliti laporan JAN dan PAC, termasuklah juga hasil siasatan SPRM serta audit bebas.

“Pasukan petugas khas ini seterusnya akan memastikan tindakan susulan termasuk penambahbaikan dilaksanakan dengan sepenuhnya,” katanya.

Related Posts

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperketatkan proses saringan dan pengesahan terhadap pelarian serta tahanan warganegara Myanmar sebelum mereka dihantar pulang bagi memastikan hanya individu yang disahkan kewarganegaraannya dibawa kembali ke negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

KUALA LUMPUR – Media diseru untuk tidak menggadaikan integriti dan etika kewartawanan semata-mata untuk mengejar kepantasan, jumlah pembaca atau tontonan tinggi. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan