JHEAT siasat dakwaan wujud tiang Nabi Khidir bersandar di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menyiasat dakwaan wujudnya sebatang tiang yang dikatakan menjadi tempat Nabi Khidir AS bersandar ketika bertemu ulama besar Terengganu iaitu Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau lebih dikenali sebagai Tokku Paloh.

Tiang tersebut dikatakan terletak di Surau Tokku Paloh di sini susulan penyebaran video oleh pemilik akaun TikTok, Remy Lepat Liat bertajuk ‘Tabaruk Tiang Nabi Khidir Bersandar di Terengganu’, sejak Ahad lalu.

Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin berkata, sebelum ini pihaknya ada menerima maklumat berhubung perkara itu namun ia masih di peringkat siasatan.

“Perkara ini dalam perhatian dan tindakan pihak jabatan mengikut bidang kuasa yang kita ada.

“Kita sudah mendapat maklumat berkaitan sebelum ini dan kita dapati video mengenainya telah tersebar di media sosial baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Sebelum ini tular video berdurasi 2 minit 58 saat memaparkan kawasan dipercayai Makam Tokku Paloh yang terletak di Kampung Serada di sini.

Video tersebut menunjukkan orang ramai mengunjungi kawasan itu bagi melihat sendiri sebatang tiang yang dikatakan menjadi tempat Nabi Khidir bersandar ketika bertemu ulama abad ke-19 Terengganu itu.

Menjengah ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan netizen termasuk yang mempertikaikan kesahihan dakwaan itu.

Abe.Noor berkata, dia tertanya-tanya bagaimana pihak berkenaan boleh mengetahui bahawa Nabi Khidir pernah berada di situ.

“Macam mana tahu Nabi Khidir pernah datang situ, maaf ambo (saya) jahil bab ini,” tulisnya.

Related Posts

Pengamal media terokai warisan budaya Sarawak menerusi Miri In-depth Experience

MIRI – Pengamal media tempatan dan antarabangsa berpeluang mengenakan busana tradisional pelbagai etnik Sarawak bagi mendalami warisan budaya negeri menerusi program lawatan suai kenal, Miri In-depth Experience. Program anjuran Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sifat ihsan bukan alasan gadai kedaulatan negara – Sultan Pahang

KUALA LIPIS – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan bahawa sifat ihsan dan perikemanusiaan diamalkan rakyat negara ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menggadaikan kedaulatan negara atau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengamal media terokai warisan budaya Sarawak menerusi Miri In-depth Experience

Pengamal media terokai warisan budaya Sarawak menerusi Miri In-depth Experience

Sifat ihsan bukan alasan gadai kedaulatan negara – Sultan Pahang

Sifat ihsan bukan alasan gadai kedaulatan negara – Sultan Pahang

13 individu termasuk pengarah, bekas pengarah agensi kerajaan direman kes rasuah RM2.5 juta

13 individu termasuk pengarah, bekas pengarah agensi kerajaan direman kes rasuah RM2.5 juta

Tokoh Maal Hijrah Selangor diiktiraf atas peranan benarkan polis wanita bertudung

Tokoh Maal Hijrah Selangor diiktiraf atas peranan benarkan polis wanita bertudung

Umat Islam diseru hayati semangat hijrah – Hajiji

Umat Islam diseru hayati semangat hijrah – Hajiji

Dua anak kelahiran Papar dinobat Tokoh Maal Hijrah Sabah 1448H

Dua anak kelahiran Papar dinobat Tokoh Maal Hijrah Sabah 1448H