Mas Ermieyati teruja terima nota penghargaan daripada PM

SHAH ALAM – Pemimpin pembangkang, Datuk Mas Ermieyati Samsudin tidak menyangka menerima nota penghargaan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nota bertulis tangan itu diserahkan oleh Bentara sebaik sahaja selesai perjumpaan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum sidang Dewan Rakyat bermula pada Khamis.

Nota ditujukan kepada Mas Ermieyati bertulis; ‘Menghargai kesediaan saudara saudari PAC, untuk menemui dan berbincang. Insya-ALLAH saya akan menyusuli ‘ASAP’ (secepat mungkin)’.

Mas Ermieyati yang merupakan Pengerusi PAC Parlimen berkata, ia merupakan pengalaman pertamanya menerima nota seumpama itu daripada seorang pemimpin tertinggi negara.

“Pagi ini YAB Perdana Menteri jumpa PAC sebelum sidang dewan bermula pagi tadi. Pelbagai isu yang dibincang.

“Habis perjumpaan tadi kami terus masuk ke dewan. Tiba-tiba Bentara datang kepada saya. Hantar nota daripada PMX. Fuh… pertama kali dapat nota begini daripada seorang Perdana Menteri,” tulisnya menerusi hantaran di Facebook.

Ahli Parlimen Masjid Tanah itu turut memuat naik gambar swafoto beliau bersama Anwar, dan gambar nota penghargaan yang diterimanya itu.

Media melaporkan, buat julung kalinya, laporan PAC Parlimen akan dibentangkan dan dibahaskan di Dewan Rakyat bermula sesi yang bersidang minggu hadapan.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, perkembangan tersebut menjadi sebahagian daripada bukti reformasi institusi yang dijanjikan Kerajaan Madani.

Rang Undang-Undang Audit Pindaan 2024 dan perbahasan laporan audit di Parlimen juga menjadi kejayaan reformasi daripada kerajaan.

Related Posts

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

PADANG BESAR – Kajian analisis keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dilaksanakan bersama tiga universiti tempatan mendapati program itu memberi impak positif terhadap pembangunan pelatih. Ketua Pengarah Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM hargai komitmen Selangor jayakan SUKMA

PM hargai komitmen Selangor jayakan SUKMA

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan