Hentikan rancangan jatuhkan kerajaan – ADUN Sungai Tiang

SEORANG Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) menggesa komponen itu menghentikan ‘cakap-cakap’ rancangan mahu menjatuhkan pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya memberi peluang Presiden PKR itu menghabiskan penggalnya.

ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis, menegaskan kenyataan berterusan dibuat segelintir pemimpin PN untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih selepas PRU15 sebagai membuang masa.

“Saya pun tak semuanya setuju dengan Anwar tapi kita kena hormat keputusan rakyat dah pilih kerajaan, jadi kita bagi peluang dia tadbir sampai habis penggal kemudian kita masuk PRU sekali lagi.

“Tapi sampai hari ini kita dok (selalu) bercakap nak jatuhkan tapi tak jatuh pun kerajaan sampai sekarang.

“Buang masa kita sahaja, lebih baik jaga rakyat di kawasan. Saya kata perkara ini kepada kawan-kawan dan memang ada tak seronok dengar,” kata Ketua Bersatu Pendang dan Timbalan Speaker DUN Kedah itu kepada portal Free Malaysia Today.

Akhir tahun lalu, media melaporkan dakwaan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Ismail Yusop, wujud ‘Langkah Dubai’ membabitkan pertemuan pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan blok kerajaan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Episod itu dikatakan untuk menumbangkan kerajaan Anwar yang turut membabitkan tokoh politik veteran berpengaruh bergelar Tun menggunakan dana asing.

Minggu lalu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa pula mendakwa ada 11 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan mengalihkan sokongan sekali gus menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu mendakwa, sokongan kepada calon perdana menteri baharu akan diberikan jika Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul tidak mengosongkan enam kerusi Ahli Parlimen Bersatu yang berpaling tadah.

Dakwanya, langkah itu juga akan diikuti oleh Ahli Parlimen daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Warisan yang kini bersama Kerajaan Perpaduan, selain disokong wakil rakyat Perikatan Nasional (PN).

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi