Pasaran getah ditutup tinggi seiring harga minyak mentah lebih stabil

PASARAN getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh aliran peningkatan pasaran niaga hadapan getah serantau, terutamanya di Shanghai dan Jepun.

Peniaga berkata, sentimen itu turut disokong oleh harga minyak mentah yang lebih stabil, di samping kebimbangan peniaga terhadap potensi kekurangan getah, susulan ramalan cuaca buruk di negara pengeluar utama.

“Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dapat dikekang oleh pengukuhan kecil nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Ia mampu tercapai apabila peniaga menunggu pengumuman data ekonomi utama AS pada minggu ini,” katanya lapor Bernama.

Sementara itu, memetik kenyataan seorang pedagang berpangkalan di Singapura, beliau menegaskan kelompok pedagang juga mengambil pendirian berdasarkan perbincangan mengenai pasaran.

“Tumpuan diberikan terhadap pergerakan stok simpanan China yang juga pengguna utama, sekali gus mendorong prestasi di Bursa Niaga Hadapan Shanghai,” katanya.

Di peringkat tempatan, harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia SMR 20 naik tujuh sen kepada 801 sen sekilogram manakala lateks pukal berkurangan enam sen kepada 751.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 802.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 745 sen sekilogram.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan