Melayu mula berpecah di zaman Abdullah Badawi – Mahathir

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa perpecahan dalam kalangan orang Melayu mula berlaku selepas beliau meletak jawatan pada 2003.

Menurut pengasas parti Bersatu itu, UMNO mendapat kepercayaan orang Melayu ketika beliau mentadbir negara selama 22 tahun dari tahun 1981 hingga 2003.

Perkara ini dapat dibuktikan melalui lima siri Pilihan Raya Umum (PRU) yang menyaksikan Barisan Nasional menang dengan majoriti dua pertiga sehingga berlakunya kemerosotan selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pemerintahan, dakwanya.

“Pada 2008, ketika beliau (Abdullah) bertanding pilihan raya, beliau kalah lima negeri. Itulah permulaan perpecahan dalam UMNO. 

“UMNO menjadi sangat lemah dan rakyat tidak lagi menyokong UMNO,” katanya, memetik laporan FMT.

Tambah Mahathir, meskipun Abdullah mendapat mandat besar pada PRU 2004 namun, perpaduan Melayu mula runtuh di bawah kepimpinan Perdana Menteri kelima itu apabila Barisan Nasional hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat selain hilang pengusaan di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak.

Mahathir berkata, pentadbiran Abdullah dicemari masalah dalaman dan dakwaan pilih kasih, menjurus kekalahan besar pada 2008.

“Pada mulanya rakyat fikir beliau adalah pemimpin terbaik, dan mereka memberi sokongan penuh. Tetapi, antara 2004 hingga 2008, didapati beliau tidak berkemampuan,” katanya.

Abdullah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2009, dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak mengambil alih.

Mahathir berkata, perpecahan orang Melayu lebih buruk bawah Najib susulan pembabitannya dalam skandal kewangan, terutama berkaitan 1MDB, yang menjejaskan kredibiliti dan sokongan terhadap UMNO.

Skandal 1MDB mencetuskan kemarahan meluas dan menjadi faktor signifikan kekalahan BN pada PRU 2018, di mana gabungan itu tewas kepada Pakatan Harapan (PH), menjadikan kali pertama dalam sejarah berlaku perubahan kerajaan Pusat.

Mahathir juga kecewa perpecahan kuasa politik Melayu melemahkan keupayaan mereka menang majoriti pada PRU.

“Pada satu masa, orang Melayu bersatu dalam UMNO. Semua orang Melayu berada dalam UMNO, termasuk orang agama, berpendidikan Inggeris, berpendidikan Melayu – semua dalam UMNO.

“Tetapi, mereka meninggalkan UMNO apabila dibentuk parti politik (berbeza). (Jadi), orang Melayu berpecah kepada empat atau lima parti politik,” katanya. 

Related Posts

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

KANGAR – Polemik mengenai dakwaan kewujudan akuan bersumpah (SD) yang dikaitkan dengan usaha menjatuhkan bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli kembali membara apabila Pemuda Pas Perlis dan Armada Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan