Abidin akui tiada sijil ISO

NIBONG TEBAL – Isu ISO 14001:2015 hangat menjadi bualan di media sosial selepas ia disebut oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai kelayakan bagi calon PN PRK Sungai Bakap dalam satu majlis pada 15 Jun lalu.

Ia diakui sendiri oleh Abidin Ismail yang diumumkan sebagai calon PN bagi menentang calon PH, Dr Joohari Ariffin.

Beliau menjelaskan bahawa ISO 4001:2015 itu adalah untuk syarikat, bukan bagi dirinya.

“Kita tak nafikan ada sikit kesilapan, maknanya ISO itu bukan untuk individu.

“Mana-mana syarikat atau badan berkanun pun ia perlu ada ISO untuk piawaian pelanggan, ia untuk syarikat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan dalam satu Ceramah Perdana PN di Simpang Empat, Seberang Perai Selatan, malam tadi.

Sejak nama Abidin diumumkan, isu ISO 14001:2015 itu menjadi trend di media sosial hingga kini apabila menjadi bahan ‘troll’ pelbagai pihak terutama penyokong PH.

Semalam, SPR mengumumkan pertembungan dua penjuru di PRK Sungai Bakap masing-masing dari PH dan PN.

PH meletakkan calon dengan kelayakan pendidikan PhD selain mantan Pengarah Institut Aminudin Baki cawangan utara manakala PN bekas penyelia di sebuah kilang.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman