Kelayakan akademik calon PN: Sanusi kunci mulut

NIBONG TEBAL – Soal kelayakan akademik calon PN, Abidin Ismail terus menjadi tanya bagi pengundi PRK N20 Sungai Bakap.

Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor juga terus kunci mulut berkaitan isu berkenaan.

Menurutnya, kelayakan akademik calon PN tidak ditonjolkan kerana ia sesuai dengan kawasan Sungai Bakap.

“Bagi kami dia bersesuaian di sini (Sungai Bakap).

“Jika itu kekuatan calon satu lagi (akademik) biarlah dia (calon PH) tonjolkan”, katanya ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon PRK N20 Sungai Bakap.

Terdahulu, PRK N20 Sungai Bakap menyaksikan pertembungan dua penjuru.

Ia berikutan hanya dua calon masing-masing dari Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang menghantar borang pencalonan bagi PRK Sungai Bakap.

PH mencalonkan bekas Pengarah Institut Aminudin Baki Cawangan Utara, Cikgu Dr Joohari Ariffin manakala PN mencalonkan bekas penyelia kilang, Abidin Ismail.

Pengumuman nama calon dibuat SPR sekitar jam 10.20 pagi di Pusat Penamaan Calon PRK N20 Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi, Seberang Perai Selatan, di sini.

Related Posts

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) menolak gesaan supaya Parlimen dibubarkan susulan tawaran peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, dengan menegaskan kestabilan kerajaan bergantung kepada mandat dan kepercayaan majoriti Dewan Rakyat. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

GOPENG – Program MADANI Kita (PMK) 2026 bukan sekadar platform menyampaikan dasar dan maklumat kerajaan, sebaliknya menjadi medan memperkukuh komunikasi dua hala dengan memberi ruang kepada rakyat menyuarakan pandangan, mengemukakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM