1,980 anak lahir luar negara dapat kewarganegaraan Malaysia

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri telah meluluskan 1,980 permohonan kewarganegaraan bagi kanak-kanak Malaysia yang dilahirkan di luar negara, selepas Akta Perlembagaan (Pindaan) 2024 diluluskan oleh Dewan Rakyat tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, akta itu telah membenarkan kedua-dua ibu bapa memberikan kewarganegaraan Malaysia kepada anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan ketika ini pindaan akta berkenaan sedang menunggu tindakan selanjutnya, berikutan perlu disusuli beberapa proses untuk membolehkan ia berlaku.

“Selepas pindaan Perlembagaan tempoh hari, isu anak yang lahir di luar negara yang ibunya adalah warga Malaysia yang berkahwin dengan pasangan warga asing akan mendapat taraf kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang atau kita istilahkan sebagai automatik. Tapi sekarang belum berlaku lagi.

“Kita perlu untuk (dapatkan) tarikh kuat kuasa iaitu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong seperti mana yang disebutkan dalam Seksyen 1(2). Itu statusnya. Sementara pindaan baru kita luluskan itu boleh berkuat kuasa, maka ibu anaknya lahir di luar negara di mana pasangannya adalah warga asing, mereka boleh memohon mendapatkan kewarganegaraan anak.

“Kita akan proses (permohonan itu) di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan. Mereka boleh mohon di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh negara. Mereka juga boleh mengemukakan permohonan di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen (PH) Miri, Chiew Choon Man berkenaan garis panduan terkini bagi kanak-kanak warganegara Malaysia dilahirkan di luar negara berikutan kelulusan pindaan Perlembagaan sama ada mereka perlu memohon semula.

Menjawab soalan tambahan Choon Man mengenai bila kemas kini Peraturan Kewarganegaraan Malaysia 1964 dapat diselesaikan, Saifuddin menjangkakan sekitar September atau Oktober ini.

Beliau berkata, pihaknya memerlukan masa untuk meneliti dan memperhalusi 57 fasal terkandung dalam peraturan berkenaan sebelum perlu melakukan beberapa proses perolehan berkaitan.

“Kemudian kita kena pinda borang-borangnya sebab nanti permohonan ini akan dilakukan secara dalam talian. Ini kerana sistem yang digunakan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara masih menggunakan borang dan format lama.

“Jadi proses ini mesti kita lakukan dengan cermat. Justeru, kita jangkakan ia tak boleh melewati sehingga hujung tahun depan atau pertengahan tahun depan. Itu pun tertakluk setelah kita dapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi