14 jenis barangan di senarai bawah SHMMP Krismas 2025

KOTA KINABALU – Sebanyak 14 jenis barangan disenaraikan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2025 yang berkuat kuasa bermula Selasa hingga 27 Disember ini.

14 barangan itu ialah daging kambing biri-biri bertulang import, kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing), lobak merah China, tomato, cili merah, lada benggala hijau, bawang merah besar, bawang kuning besar, ubi kentang import China, kepak ayam, ayam tua hidup (Sarawak sahaja), babi hidup (ladang sahaja) serta daging babi bahagian perut dan daging bercampur lemak bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pelaksanaan skim itu berlangsung selama lima hari iaitu dua hari sebelum perayaan, sehari semasa perayaan dan dua hari selepas perayaan Krismas pada 25 Disember.

“Tempoh pelaksanaan skim ini ditetapkan dengan mengambil kira kepentingan kedua-dua pihak iaitu pengguna dan peniaga.

“Pengguna dapat menikmati barangan keperluan pada harga yang berpatutan dan peniaga pula tidak tertekan dengan tempoh masa pelaksanaan yang terlalu lama,” katanya pada sidang media SHMMP Krismas 2025 di Dewan Terbuka Perpustakaan, di sini, pada Sabtu.

Katanya, penentuan senarai barangan, paras harga maksimum dan tempoh pelaksanaan dibuat berdasarkan faktor permintaan dan penawaran, kos semasa, cuaca serta kadar upah, selain mengambil kira pandangan rakan strategik termasuk agensi kerajaan dan pemain industri.

Armizan berkata, tindakan tegas akan dikenakan ke atas mana-mana peniaga yang gagal mematuhi harga maksimum atau tidak menggunakan label harga berwarna merah jambu bagi barangan terkawal.

“Individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya manakala syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 bagi kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum.

“Bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu, individu boleh didenda sehingga RM10,000 manakala syarikat sehingga RM20,000,” katanya.

Jelasnya, Pegawai Penguatkuasa KPDN akan ditempatkan di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah bagi memastikan pematuhan peraturan selain memberi nasihat serta amaran secara berhemah.

“Selain SHMMP, kerajaan turut melaksanakan program sokongan kos sara hidup sempena Krismas termasuk Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) yang melibatkan 875 lokasi di seluruh negara serta Program Servis Ihsan MADANI@Petronas AutoExpert (SIM@PAX) sebagai sebahagian daripada inisiatif Payung Rahmah,” ujarnya.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16