Komunikasi strategik kerajaan perlu kolaborasi semua pihak – KP JKOM

EKOSISTEM komunikasi strategik kerajaan perlu diperkukuh melalui kolaborasi menyeluruh semua pihak agar penyampaian dasar, inisiatif dan hala tuju negara dapat dilaksanakan secara lebih terselaras dan berkesan.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, selepas hampir tiga tahun Kerajaan MADANI mentadbir negara, pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama jentera kerajaan, walaupun tidak sempurna, sudah mula memperlihatkan hasil ke arah meletakkan semula Malaysia di landasan sebuah negara rahmah yang menekankan keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

Namun, beliau berkata, cabaran utama ketika ini ialah penularan fitnah serta manipulasi realiti, khususnya dalam ruang digital dan media sosial, yang menuntut pendekatan komunikasi kerajaan lebih strategik dan bersepadu.

“Dalam konteks komunikasi kerajaan, tanggungjawab ini tidak boleh diletakkan kepada mana-mana agensi secara bersendirian atau hanya kepada Kementerian Komunikasi semata-mata. Ia adalah tanggungjawab kolektif seluruh ekosistem kerajaan yang perlu bergerak seiring dan saling melengkapi,” katanya.

Ismail berkata, pendekatan membalas secara reaktif terhadap serangan fitnah hanya akan meletakkan kerajaan dalam kedudukan defensif, sekali gus membuka lebih banyak ruang kepada pihak tertentu untuk terus memanipulasi naratif awam.

“Realitinya hari ini ialah perang digital. Jika kerajaan membiarkan ruang ini dikuasai sepenuhnya oleh pihak lain, maka persepsi awam akan terus dibentuk berdasarkan maklumat tidak tepat. Justeru, kebijaksanaan dalam bertindak amat penting, termasuk penggunaan pengesahan pihak ketiga atau ‘third party validation’ bagi meningkatkan kredibiliti penyampaian,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa tidak semua perkara boleh didedahkan secara terbuka atas faktor strategi dan keberkesanan pelaksanaan dasar, sekali gus menuntut kefahaman mendalam terhadap ekosistem komunikasi organisasi dan kerajaan.

Katanya, kelemahan penyelarasan boleh menyebabkan pertindihan peranan antara agensi, selain mewujudkan kekeliruan dalam penyampaian mesej kepada rakyat.

“Komunikasi kerajaan bukan tanggungjawab individu atau agensi yang bergerak secara silo. Ia memerlukan penyelarasan, koordinasi dan kejelasan punca kuasa supaya setiap pihak memahami peranan masing-masing,” katanya.

Ismail menegaskan semua kementerian, agensi dan entiti berkaitan, termasuk di peringkat Pejabat Perdana Menteri (PMO), perlu memainkan peranan aktif agar PMX tidak dilihat berdepan isu dan cabaran seorang diri.

“Sudah tiba masanya semua pihak duduk bersama, berkongsi tanggungjawab dan menyusun semula strategi komunikasi kerajaan supaya ia lebih sistematik, bersasar serta selaras dari segi naratif yang hendak disampaikan kepada rakyat,” katanya.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16