100 anak yatim, asnaf SK Karamunting terima sumbangan baju raya 

SANDAKAN – Seramai 100 anak yatim dan asnaf dari Sekolah Kebangsaan Karamunting, Sandakan menerima sumbangan baju raya baharu, menjadikan sambutan Aidilfitri mereka lebih bermakna. 

Setiausaha Persatuan Insan Prihatin Sabah, Kartini Madun berkata, program sumbangan baju raya dilaksanakan dengan jayanya atas berkat sokongan daripada Pasaraya Mydin Sandakan yang memberikan diskaun istimewa kepada anak-anak yatim dan asnaf di SK Karamunting. 

“Setiap seorang akan menerima sumbangan berupa pakaian raya bernilai RM100. 

“Kita menyampaikan sumbangan baju raya baharu iaitu baju Melayu bagi lelaki dan baju kurung bagi pelajar perempuan yang dipilih sendiri oleh mereka di premis Pasaraya Mydin Sandakan. 

“Saya lihat layanan istimewa daripada staf mereka (Mydin) yang dibantu oleh guru-guru SK Karamunting sehingga 100 orang murid dapat membeli sepasang baju raya dengan selesa. 

“Insya-Allah, program ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan bantuan daripada agensi-agensi kerajaan,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan Program Sumbangan Raya di Pasaraya Mydin Sandakan, di sini, pada Jumaat. 

Kartini juga berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan bantuan lebih banyak agensi kerajaan. 

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan FELCRA Berhad atas kerjasama mereka dalam menjayakan program ini,” katanya. 

Sementara itu, Guru Besar SK Karamunting, Abu Bakar Hassan meluahkan rasa terharu kerana kerana sekolahnya terpilih antara 66 sekolah di daerah Sandakan untuk menerima sumbangan ini. 

“Jumlah 100 orang anak yatim dan asnaf yang menerima sumbangan ini adalah angka yang cukup besar dan luar biasa. 

“Saya amat gembira kerana ini adalah kali pertama di Sandakan dengan jumlah yang begitu besar membantu anak-anak yatim dan golongan asnaf,” ujar beliau. 

Dalam pada itu, Abu turut mengalu-alukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mencontohi semangat Persatuan Insan Prihatin Sabah ini serta tampil bersama-sama menyumbangkan apa sahaja bentuk pemberian bagi memastikan golongan ini turut merasai kegembiraan Aidilfitri. 

“Adanya sumbangan ini, dapat memberikan kegembiraan kepada anak-anak ini semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri yang penuh makna,” ujarnya. 

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi