Zikir pelik di kubur: JAWI sudah serah kertas siasatan kepada Jabatan Mufti Wilayah

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menyerahkan kertas siasatan berhubung video tular sekumpulan lelaki didakwa berzikir dalam keadaan mencurigakan di Tanah Perkuburan Islam di Setapak kepada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia diserahkan selepas pihak penguat kuasa JAWI selesai mengambil keterangan beberapa individu termasuk waris kubur dan juga saksi terlibat.

“Minggu lalu mereka (JAWI) telah menjalankan siasatan seperti diarahkan merangkumi dari sudut zikir yang dijalankan kumpulan itu dan juga keterangan daripada pihak yang hadir seperti waris kubur. 

“JAWI juga telah menyerahkan laporan itu kepada JMWP akan memberikan pandangan mereka berdasarkan laporan serta siastan dilakukan dan sekiranya zikir dijalankan itu bertentangan dengan akidah serta hukum maka JAWI akan menyediakan kertas untuk mendakwa yang akan dibuat di mahkamah syariah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas ditemui pada Program Gema Syukur 2025 di Masjid Putra hari ini.

Sementara itu, ditanya berapa ramai individu telah dipanggil bagi membantu siasatan, Mohd Na’im memaklumkan, pihak penguatkuasa JAWI memanggil seramai yang mungkin bagi menjalankan siasatan tersebut.

“Jumlahnya saya tidak pasti namun seramai yang mungkin boleh menjadi saksi bagi memastikan tidak ada kelompongan dalam siasatan dibuat yang akan diambil sepenuhnya nanti oleh Jabatan Pendakwaan,” katanya.

Sebelum ini, Mohd Na’im dilaporkan telah mengarahkan JAWI untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung video tular memaparkan sekumpulan individu didakwa berzikir dalam keadaan pelik di tanah perkuburan Islam di Danau Kota itu.

Beliau juga memohon semua pihak menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa agama serta menegaskan, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana perlakuan dan amalan yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

Terdahulu, rakaman video yang tular itu dimuat naik oleh pengguna media sosial yang meluahkan kerisauan apabila melihat sekumpulan individu melakukan aktiviti mencurigakan di tanah perkuburan itu.

Related Posts

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

PUTRAJAYA – “Alhamdulillah, saya juga telah ‘selamat’ dipecat oleh Parti Bersatu,” kata Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya beberapa jam lalu. Bekas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026
  • YnomYnom
  • February 13, 2026

Ynom KOTA KINABALU – Kastam Malaysia merekodkan kutipan hasil sebanyak RM9.97 bilion bagi Januari 2026, melepasi unjuran bulanan RM9.17 bilion dengan lebihan RM800 juta atau 108.72 peratus. Ketua Pengarahnya, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026