Mhd Mohib Khouli Nazem difatwa sesat, terpesong dari akidah

PUTRAJAYA – Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI)  memutuskan ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem sebagai sesat dan menyeleweng daripada akidah Islamiah, syariah dan akhlak serta bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI, Datuk Dr Nooh Gadut berkata, keputusan itu adalah berdasarkan hujah dan fakta dikemukakan penyelidik menerusi kajian serta dapatan yang dilakukan terhadap kandungan ceramah, pengajaran ucapan dan dialog yang disampaikan menerusi media digital.

“Antara ciri penyelewengan ajaran itu adalah mendakwa Allah SWT harus mempunyai anak, Allah SWT seolah-olah mempunyai sifat dan jisim sama seperti makhluk, menyesatkan pegangan ASWJ serta mendakwa akidah para ulama ASWJ seperti Imam Abu al-Hasan al-Ashaari, Imam al-Syahrastani dan Imam al-Ghazali mempunyai pegangan sama dengan akidah golongan Jahmiyyah yang sesat.

“Mana-mana orang hendaklah menjauhi ajaran, pegangan dan fahaman sebagaimana yang dinyatakan dan dilarang berpegang padanya, mempercayai, mengajar, menyebarkan, mengamal atau menjadi pengikut atau ejen.

“Mana-mana orang yang berpegang padanya, mempercayai, mengajar, menyebarkan, mengamalkan atau menjadi pengikut hendaklah bertaubat nasuha,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Nooh memaklumkan, perkara tersebut diputuskan jawatankuasa itu yang bersidang bagi membincangkan mengenai ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem pada 24 hingga 26 September lepas.

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam hendaklah berpegang kepada pegangan ASWJ dari aspek akidah, berdasarkan manhaj Asyairah dan Maturidiah, dari segi syariah berpandukan mazhab Shafie serta mazhab muktabar lain seperti Hanafi, Maliki dan Hanbali.

“Manakala dari segi tasawuf atau akhlak, berpandukan manhaj Imam al-Junaid, Imam al-Ghazali serta aliran tasawuf yang sahih dan muktabar.

“Pihak berkuasa agama Islam negeri dan agensi berkaitan hendaklah mengambil tindakan menyekat ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem kerana ia mengancam akidah umat Islam, perpaduan dan keharmonian masyarakat,” katanya.

Menurut Nooh, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai badan penyelaras telah menyembah maklum pandangan hukum itu kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selaku Pengerusi MKI dan seterusnya Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-267 pada 23 dan 24 Okt lepas.

“Dalam hal ini, Mesyuarat Majlis Raja-Raja mengambil maklum mengenai pandangan hukum yang telah dipersetujui dan pihak berkuasa negeri-negeri boleh mempertimbangkan keputusan ini bagi tujuan pewartaan fatwa di negeri masing-masing,” katanya.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James